CPI rasuah menurun: PN bukan kerajaan dalam tempoh itu? Minta Penjelasan - Najib - Utusan Malaysia

CPI rasuah menurun: PN bukan kerajaan dalam tempoh itu? Minta Penjelasan – Najib

SPRM akan mencadangkan pertuduhan terhadap beberapa individu selepas siasatan mendapati terdapat ‘arahan’ projek Jana Wibawa diberikan secara tender terus kepada kontraktor dan syarikat tertentu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjelasan susulan kecaman Perikatan Nasional (PN) berhubung penurunan ketara bagi kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2020 dan 2021 sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Ahli Parlimen Pekan itu turut mempersoalkan tempoh penurunan CPI itu yang disifatkan berlaku ketika kerajaan PN mentadbir negara ini.

“Sudah macam Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) tersalah tembak geng sendiri pulak. Kenapa propaganda PN kecam penurunan ketara bagi kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2020 dan 2021 sejak PRU14?

Memuatkan artikel berkaitan…

“PN bukan kerajaan dalam tempoh itu ke? Minta penjelasan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai satu hantaran yang dimuat naik Perikatan Nasional (PN) di laman Facebook Perikatan Nasional Johor Official pada 25 Januari lalu. 

Menurut hantaran laman PN Johor Official itu, kedudukan Malaysia turun lima anak tangga dalam CPI 2020 dikeluarkan Transparency International (TI) yang menyaksikan perbezaan ketara selepas PRU-14. 

“Negara menduduki tempat ke-62 daripada 100 dalam laporan terbaharu itu – iaitu terendah sejak kaedah penilaian disemak pada 2012. Pada 2020, Malaysia berada di kedudukan 57, menurun sedikit daripada 51 pada 2019,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini