Tindakan tegas terhadap ‘penjaga’ warga asing di pasar borong

Tindakan tegas terhadap ‘penjaga’ warga asing di pasar borong

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Maklumat sudah sampai ke tangan saya, tunggu tindakan tegas nanti.”

Itu reaksi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim susulan kebanjiran semula peniaga warga asing di pasar borong ketika ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Shahidan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga warga asing dan mana-mana pihak yang ‘menjaga’ golongan terbabit di pasar borong sekitar Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah dapat maklumat tentang perkara ini. Mereka (peniaga warga asing) tidak boleh mengganggu peniaga warga tempatan untuk mencari rezeki di pasar-pasar borong,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Shahidan, pelaksa­naan larangan pengambilan pe­kerja asing sebagai pembantu di pasar borong juga adalah dasar dan pihaknya kekal dengan pendirian tersebut bagi membela nasib warga tempatan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, selepas hilang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peniaga warga asing kini dilihat kembali menguasai pasar borong sehingga menjejaskan peniaga tempatan.

Tinjauan yang dilakukan Utusan Malaysia di pasar Chow Kit kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semalam mendapati, rata-rata gerai yang terdapat di situ dikuasai warga asing sama ada sebagai pengusaha atau pekerja.

Lambakan peniaga asing itu kebanyakannya terdiri daripada warga Indonesia manakala pekerja asingnya pula daripada etnik Rohingya dan Bangladesh.

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa ketika menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan cukup tegas dalam usaha memerangi kebanjiran warga asing di pasar-pasar borong selain turut membuka jalan kepada rakyat tempatan untuk mencari rezeki dalam sektor berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×