'Serah kereta itu pada hari saya berhenti' - Utusan Malaysia

‘Serah kereta itu pada hari saya berhenti’

KERATAN laporan Utusan Malaysia 1 Februari 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya telah serahkan kereta yang mereka sebutkan itu pada hari saya berhenti.”

Demikian respon Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik yang baru-baru ini dikaitkan dengan pembelian kereta jenis Vellfire yang digunakannya atas nama sebuah syarikat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Maszlee berkata, kenderaan yang dimaksudkan tersebut adalah milik sebuah syarikat di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenderaan itu milik EMGS yang merupakan agensi KPM atau sekarang di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Saya hanya gunakan kenderaan itu sewaktu saya masih seorang menteri. Kereta itu dipulangkan dan terus digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif EMGS,” jelasnya ringkas.

MASZLEE MALIK

Maszlee yang merupakan bekas Menteri Pendidikan berkata, dia hanya menggunakan Perodua Myvi sebagai kenderaan rasminya sekarang.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menerima dua aduan terhadap Maszlee dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

SPRM juga telah menegaskan bahawa proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×