Wajar untuk lindungi wanita – Nadia Brian

Wajar untuk lindungi wanita – Nadia Brian

NADIA BRIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadia Brian, 30, menyifatkan tuntutan untuk memohon Mahkamah Syariah menyita dan melelong harta serta membekukan akaun bekas suami yang culas membayar nafkah sebagai satu tindakan wajar yang melindungi hak seorang isteri atau bekas isteri.

Pelakon filem Ratu Kala Jeng­king itu berkata, suami atau bekas suami perlu sedia maklum tanggungjawab mereka, lebih-lebih lagi dalam hal ehwal pemberian nafkah dan sebagainya.

Justeru, tuntutan ber­kenaan adalah cara ter­baik untuk menye­darkan para suami tentang peranan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tuntutan yang dibuat mesti ada sebabnya. Bagi sa­ya, kalau Allah SWT bagi ketetapan mesti berse­bab.

“Nafkah itu wa­jib diberi oleh seorang suami ke­rana ia membantu si isteri atau bekas isteri. Tidak kiralah sama ada pasangan berkenaan mempunyai anak atau pun tidak.

“Akan tetapi, tuntutan dari seorang isteri bukan dibuat sewenang-wenangnya. Ia bergantung kepada ekonomi keluarga berkenaan. Berapa pendapatan si suami atau bekas suami. Ikut kemampuan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadia ber­kata pentingnya pasangan suami isteri atau pun yang telah bercerai memahami tentang peraturan-peraturan yang ditetapkan agama dalam hal ehwal rumah tangga.

Katanya, suami atau bekas suami yang mema­hami ajaran dan ketentuan agama tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan tanggung­jawab mereka dalam memberi nafkah terhadap isteri, bekas isteri dan anak-anak.

“Seorang lelaki itu, kalau dia ada ilmu agama yang kuat, dia akan tahu tanggungjawabnya dan dia akan beri nafkah kepada isteri dan anak-anak.

“Kebanyakan wanita, contoh­nya yang bercerai seperti saya tak akan minta apa-apa daripada bekas suami.

“Jadi, ilmu agama adalah sangat penting,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×