Azam Baki mahu fokus kerja - Utusan Malaysia

Azam Baki mahu fokus kerja

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mahu fokus kerja saya.”

Itu reaksi ringkas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi bagi mengulas isu pemilikan saham yang masih diperkatakan sesetengah pihak.

Beliau enggan mengulas lanjut isu berkenaan meskipun siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menutup fail inkuiri tersebut.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga meminta semua pihak berlapang dada menerima keputusan SC itu.

Menurut Azam, apa yang lebih penting baginya adalah mahu kekal fokus kepada tugas yang diamanahkan dalam mengemudi SPRM membanteras rasuah tanpa mengira darjat atau pangkat selepas dilemparkan pelbagai tohmahan.

“Bagi saya, ini jauh lebih penting. Kita perlu fokus kepada perkara yang lebih utama,” katanya semalam.

Terdahulu, SC dilaporkan tidak dapat memuktamadkan mengenai pelanggaran undang-undang di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung pemilikan saham yang dikaitkan dengan Azam.

Suruhanjaya itu juga memaklumkan pihak mereka telah selesai menjalankan siasatan berdasarkan pengumpulan bukti yang diserahkan kepada pihaknya.

Memperincikan keputusan berkenaan selepas itu, SC memaklumkan, hasil siasatan mendapati pemegang akaun tersebut adalah hak milik Azam dan beliau mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut.

Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta pembangkang akur dan bukannya terus mempolitikkan isu saham adik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan SPRM itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×