Bersolek ringkas di majlis konvokesyen - Utusan Malaysia

Bersolek ringkas di majlis konvokesyen

Solekan haruslah ringkas namun kekal berseri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGHADIRI dan meraikan majlis konvokesyen merupakan hari yang paling penting untuk setiap graduan.

Bagi wanita pastilah ingin tampil cantik kerana inilah masa yang dinanti-nantikan untuk mengabadikan kenangan dengan merakam gambar dan video bersama pensyarah, rakan-rakan serta teman istimewa selepas bertahun-tahun berjuang untuk menghabiskan belajar.

Tidak hairanlah, ramai graduan tidak melepaskan peluang untuk bersolek sendiri atau menempah jurusolek pada hari konvokesyen untuk tampil lebih berkeyakinan. Tetapi solekan haruslah ringkas namun kekal berseri.

Menurut jurusolek, Aina Ahmad, 30, solekan sesuai untuk majlis konvokesyen tidak boleh keterlaluan, sebaliknya perlu ringkas tetapi tampak manis. Jenis soft smokey look mungkin paling tepat untuk merai majlis.

Terlebih dahulu, pastikan wajah bersih daripada sebarang pemakaian produk harian. Tips yang menjadi pilihan Aina untuk kekalkan kesegaran wajah adalah menyapu ais batu di keseluruhan muka dengan lembut.

1) Kening
Sikat kening ke belakang. Lukis bentuk kening daripada bahagian tengah bawah, diikuti tengah atas. Gelapkan bahagian kosong, ratakan dengan berus sikat hingga ke depan kening. Kemaskan dengan concealer dan ratakan dengan berus.

2) Kelopak mata
Sapukan pembayang mata dengan berus berwarna coklat cair di seluruh kelopak mata. Rona coklat gelap disapu pada sudut bebola mata. Untuk bahagian tengah mata, calitkan pengilat bersesuaian, supaya mata lebih menyerlah.

3) Bulu mata
Kepitkan bulu mata lalu sapukan maskara untuk menghasilkan bulu mata lebih lebat, panjang dan lentik. Gariskan eyeliner di atas kelopak mata dan letakkan bulu mata palsu yang natural supaya kelihatan lebih menonjol.

4) Mata
Calitkan celak rona hitam hujung mata untuk menampakkan mata lebih menarik dan besar.

5) Wajah
Semburkan setting spray ke seluruh wajah. Oleskan serum dan ratakan dengan primer pori di seluruh wajah. Sapukan krim pelembab vitamin C. Gunakan penyamar noda berwarna merah atau oren untuk tutup cela pada wajah. Ratakan krim asas bersesuaian dan tepuk perlahan atau dab dengan span hingga rata. Sapu bedak tabur ke seluruh wajah untuk beri kesan matte pada wajah.

6) Pipi
Layangkan pemerah pipi rona merah jambu pada tulang pipi. Sapukan sedikit highlighter pada tulang pipi supaya tampak menonjol.

7) Bibir
Gincu merah jambu buat wajah lebih manis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×