Kecanggihan dan perkembangan teknologi terkini membolehkan orang ramai menikmati pelbagai jenis peranti elektronik.
Salah satu perkembangan yang ketara ialah kurangnya penggunaan kabel. Contohnya earphones, kini pengguna boleh memilih untuk menggunakan wireless earphones untuk mendengar lagu, membuat panggilan dan sebagainya.
Antara jenama popular dengan aksesori audio yang murah dan berkualiti ialah Tranya. Jenama ini telah melancarkan TWS (True Wireless Stereo) T10B baru-baru ini.
PENAMPILAN
Ia hadir dengan dua pasang getah telinga tambahan, kabel pengecas jenis C, jaminan penggunaan selama 15 bulan, buku manual dan juga pelekat khas dari Tranya.
Rekaannya lebih nipis dan ringan berbanding model sebelum ini. Walaupun nampak biasa sahaja, namun pemilihan warna hitam menambah aura elegan. Bekas penyimpanan berbentuk bujur dan tebal bagaikan telur itu nampam cukup comel.
BATERI
Boleh bertahan selama lapan jam. Bekas penyimpanannya pula dapat memberi kuasa tambahan selama lebih tiga jam.
KELEBIHAN
Tampil dengan tiga mod bunyi iaitu bass mode, normal mode dan juga gaming mode, sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan video dengan ketahanan bateri selama lapan jam untuk sekali cas, ia sudah lebih dari cukup.
Mengikut komen pengguna pula, sambungan peranti ini dengan telefon bimbit dikatakan stabil dan tidak mengalami masalah.
Harga yang dipasarkan juga berpatutan dan murah iaitu hanya RM99 sahaja.
Kedua-dua belah TWS ini mempunyai kadar kalis air ipx7 ia boleh digunakan sekiranya anda berlari di dalam hujan.
KEKURANGAN
Model ini dikatakan mempunyai saiz agak besar menyebabkan ia terkeluar sedikit dari telinga kerana dimensinya agak tebal.
Malah ia turut tidak menyokong sebarang aptX (kualiti suara lebih baik).
Sungguhpun begitu, bagi mereka yang belum pernah membeli wireless earphones dan ingin mencuba produk keluaran Tranya, TWS ini sesuai untuk dicuba.











