Harga minyak cecah paras terendah - Utusan Malaysia

Harga minyak cecah paras terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Harga minyak mentah jatuh ke paras terendah dalam tujuh minggu pada Isnin, melanjutkan penurunan selepas kejatuhan sesi sebelumnya berikutan kebimbangan berlaku le­bihan bekalan.

Keadaan itu disebabkan kenyataan Jepun yang negara itu sedang menimbang pelepasan rizab minyak dan lebihan permintaan berikutan situasi Co­vid-19 yang semakin teruk di Eropah.

Minyak mentah Brent turun 57 sen kepada AS$78.32 setong dan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) turun 39 sen kepada AS$75.55 setong.

Harga WTI dan Brent mencecah paras terendah sejak 1 Oktober pada awal sesi minggu ini selepas merosot sekitar 3.0 peratus pada Jumaat.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberi isyarat pada Sabtu bahawa beliau bersedia membantu mengatasi kenaikan harga minyak berikutan permintaan daripada AS untuk mengeluarkan minyak daripada simpanan kecemasannya.

Sementara itu, kebimbangan semakin meningkat bahawa se­katan Covid-19 yang terbaharu boleh menjejaskan permintaan.

Jerman memberi amaran pada Jumaat yang mereka mungkin perlu melaksanakan penutupan penuh selepas Austria bercadang untuk mengenakan semula langkah ketat bagi menangani pe­ningkatan jangkitan.

“Di Ireland dan Belanda, orang ramai telah diarahkan untuk bekerja dari rumah jika boleh. Ini berlaku di tengah-te­ngah prospek pelepasan minyak daripada rizab strategik di China dan AS,” menurut nota AZN.

Pengurus wang memotong kedudukan niaga hadapan dan pilihan minyak mentah AS mereka pada minggu hingga 16 Nov, kata Suruhanjaya Daga­ngan Niaga Hadapan Komoditi AS pada Jumaat.

Pelabur juga memerhati perkembangan di Asia Barat selepas media kerajaan Arab Saudi melaporkan gabungan yang diketuai Arab Saudi meme­rangi pergerakan Houthi yang disokong Iran di Yaman berkata, ia mengesan tanda bahaya yang akan berlaku kepada pelayaran dan perdagangan global di selatan Laut Merah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×