Gementar habis, sedikit emosi terkenang anak-anak - Fazley Yaakob. - Utusan Malaysia

Gementar habis, sedikit emosi terkenang anak-anak – Fazley Yaakob.

FAZLEY Yaakob antara salah seorang peserta Gegar Vaganza 8 yang berentap bersama tujuh peserta lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan dan peserta Gegar Vaganza musim ke-8, Datuk Fazley Yaakob berkongsi perasaannya selepas membuat persembahan pertama di konsert program tersohor itu, malam semalam.

Menerusi entri Instagram, dia memberitahu dirinya mengalami perasaan gementar selepas sekian lama tidak menyanyi di atas pentas.

Di samping itu, penyanyi lagu popular Asmara ini turut memohon maaf buat para peminat yang hampa dengan persembahannya semalam selain menzahirkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dan memberi semangat buat dirinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wow, Gegar Vaganza adalah pentas yang besar. Rasa macam berdiri di hujung padang bola. Memang gementar habis.

“Sekian lama tidak menyanyi di atas pentas besar, hanya menyanyi sambil memasak di dapur sahaja. Maafkan saya buat mereka yang hampa, terima kasih buat mereka yang memahami.

“Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat. InsyaAllah, saya akan cuba lebih baik minggu hadapan dengan lagu abang @hasnol, Lagu Untukmu,” kongsinya di Instagram.

Menerusi entri Twitter pula, Fazley juga mencoretkan ciapan memohon maaf kepada penonton yang menyifatkan persembahan pertamanya itu kurang memuaskan.

“Salam, buat yang menonton Gegar Vaganza 8, saya mohon maaf. Persembahan yang sangat kurang memuaskan malam tadi.

“Sememangnya sudah hampir 10 tahun tidak membuat persembahan atas pentas. Saya terlalu gementar dan sedikit emosi terkenang anak-anak,” ciapnya di Twitter.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meniupkan semangat buat penyanyi itu agar dapat membuat persembahan yang terbaik untuk konsert minggu hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN