Lagi kluster Covid-19 baharu dikesan di China - Utusan Malaysia

Lagi kluster Covid-19 baharu dikesan di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China terpaksa membatalkan ratusan penerbangan, menutup sekolah dan melakukan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran berikutan kemunculan kluster jangkitan baharu.

Kluster tersebut dikaitkan dengan pasangan warga emas dalam kumpulan pelancong yang disahkan positif Covid-19.

Pasangan menyertai aktiviti pelancongan di Shanghai sebelum terbang ke Xi’an, wilayah Gansu dan ‘Inner Mongolia’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Puluhan kes jangkitan dikaitkan dengan pasangan tersebut, dengan kontak rapat dikesan di sekurang-kurangnya lima wilayah dan daerah, termasuk Beijing.

Bagi mengekang penularan, pihak berkuasa tempatan mengadakan ujian saringan besar-besaran serta menutup tempat pelancongan, sekolah, pusat hiburan dan semua kawasan yang berisiko.

Di bandar Lanzhou, kira-kira empat juta penduduknya diarahkan supaya kekal berada di rumah bagi mengelak penularan.

Dianggarkan kira-kira 60 peratus penerbangan masuk serta keluar ke dua lapangan utama di Xi’an dan Lanzhou terpaksa dibatalkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini