Berita kerajaan meletakkan sasaran perolehan 100 peratus bagi kenderaan kerajaan yang bukan berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang 2030 memang sesuatu yang menarik.
Memandangkan armada kenderaan kerajaan sangat besar, ia memang satu langkah yang signifikan sejajar dengan sasaran menjadi negara neutral karbon 2050.
Sebenarnya, cerita tentang kereta generasi baharu (NxGV) bukan baharu di negara ini tetapi setakat ini, ia tidak mengujakan rakyat Malaysia, di sebalik pelbagai insentif yang diberikan.
Fasiliti untuk menggalakkan pemilikan kenderaan itu juga sudah banyak. Ada stesen minyak dan kompleks beli-belah menyediakan kemudahan mengecas, malah ada yang menyediakan ruang parkir khas untuk ‘kenderaan hijau’.
Malangnya, banyak fasiliti itu kini rosak kerana tidak selenggara. Parkir khas pula lebih banyak digunakan oleh kereta berwarna hijau berbanding kereta dalam kategori hijau.
Isu utamanya ialah harga. Kereta elektrik paling murah di pasaran Malaysia ialah Nissan Leaf yang dijual pada harga RM181,000.
Rakyat Malaysia sangat sensitif kepada harga kereta. Mereka mahukan teknologi premium tetapi pada harga marhaen. Mana nak dapat.
Justeru, sudah tiba masa untuk kerajaan lebih serius dalam isu kereta NxGV ini. Dasar Automotif Negara (NAP) perlu menyatakan dengan jelas polisi mengenai kenderaan hijau supaya pemain industri boleh bergerak ke arah itu.
Proton dan Perodua perlu digerakkan bagi menghasilkan kereta elektrik mampu milik. Ini adalah masa depan industri automotif.
Proton telah terlibat membangunkan kereta elektrik sejak 2009 menerusi kerjasama dengan beberapa pihak tetapi sehingga kini masih tidak menghasilkan kereta elektrik sendiri.
Kini, dengan rakan kongsi, Geely yang sudahpun mengeluarkan kenderaan elektrik di China, Proton wajar membawa masuk teknologi itu ke negara ini.
Dalam masa yang sama, pemikiran rakyat juga perlu diubah. Mereka perlu diperlihatkan bahawa inilah masa depan yang akan membantu mereka berjimat dalam jangka masa panjang.
Kereta elektrik tidak mempunyai banyak komponen mekanikal sekaligus tidak memerlukan mereka kerap ke bengkel. Malah, mereka mungkin tidak perlu ke pusat servis selama tiga tahun.
Jika tarif elektrik di Malaysia kekal sederhana, kos mengecas juga akan kekal rendah, malah lebih murah daripada menggunakan petrol.
Apakah Malaysia mampu mengikut jejak United Kingdom mengharamkan semua kereta ICE baharu pada 2030, tepuk dada tanya selera.
Ismail Daud ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Bila boleh beli kereta elektrik?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved