“Benarlah perkahwinan itu sebuah ujian” - Diyana Halik - Utusan Malaysia

“Benarlah perkahwinan itu sebuah ujian” – Diyana Halik

Aaron Aziz bersama isteri Diyana Halik dan tiga anaknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelakon terkenal, Aaron Aziz iaitu Diyana Halik meluahkan rasa syukur di atas perkahwinan mereka yang sudahpun menjangkau ke angka 18 tahun.

Berkongsi rakaman video di hari pernikahan mereka pada Ogos 2003 di Instagram, isteri pelakon filem Ombak Rindu ini turut menulis rangkuman perkongsian hidup di sepanjang perkahwinan mereka.

“Sudah menjadi habit setiap tahun saya untuk menonton semula video hari perkahwinan kami. Alhamdulillah, air mata kegembiraan masih ada, begitu juga perasaan teruja dan gemuruh.

“Saya bersyukur dan berterima kasih sangat kepada Allah SWT walaupun melalui fasa-fasa cabaran rumah tangga tetapi kami tetap tidak mengalah. Benarlah perkahwinan itu sebuah ujian. Semoga ujian ini akan membawa kami ke jannah, taman Firdaus,” coretnya.

Dalam perkongsian sama, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut memanjatkan doa dan berterima kasih kepada orang ramai yang senantiasa mendoakan kebaikan buat rumahtangga mereka berdua.

“Sesungguhnya kami sesat tanpa bimbingan Mu. Kurniakanlah kami kekuatan dalam mengekalkan tali perkahwinan ini. Kurniakan juga kesabaran dan saling mencintai antara satu sama lain. Begitu juga jannah Firdaus, satukanlah kami di sana, yang kekal abadi selamanya, perkenankanlah. Saya mencinta awak sayang, demi Allah SWT.

“Terima kasih juga pada semua yang mendoakan rumah tangga kami, Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kamu di dunia dan di akhirat,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×