Speaker Dewan Rakyat enggan campur tangan isu Peguam Negara kerana adik-beradik   - Utusan Malaysia

Speaker Dewan Rakyat enggan campur tangan isu Peguam Negara kerana adik-beradik  

AZHAR AZIZAN HARUN dan IDRUS HARUN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengambil sikap berkecuali dalam sebarang keputusan melibatkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun. 

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sebarang hal berkaitan perkara itu diserahkan kepada Timbalan-timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Datuk Sri Azalina Othman Said. 

Menurutnya, pendirian itu dilakukan disebabkan Idrus adalah abang kandungnya. 

“Saya tidak akan campur tangan di dalam apa cara sekalipun di dalam pelaksanaan tugas Timbalan-timbalan Yang Dipertua di dalam hal berkaitan. 

“Sebagaimana yang diketahui umum, Tan Sri Idrus Harun ialah abang kandung saya. 

“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua berkaitan dengan usul tersebut,” katanya hari ini. 

Beliau berkata demikian setelah pejabatnya menerima satu usul bertarikh 29 Julai 2021 oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M. Kulasegaran yang berkait dengan Peguam Negara. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×