PETALING JAYA: Berhubung video tular memaparkan seorang pempengaruh dikatakan memperlekehkan seorang warga emas, turut mendapat perhatian penyanyi rap terkenal, MK K-Clique.
Menerusi entri Instagram, penyanyi itu memuat naik satu luahan di Instastory ekoran dengan tindakan pempengaruh berkenaan.
“Bukan gaya aku mahu ikut masuk campur isu semasa. Tetapi kes ini macam ‘over’ betul cara kau layan pak cik itu.
“Jangan ingat bila berjaya, senang-senang nak buat apa kau mahu. Macam tiada otak, pak cik itu orang tua lagi.
“Saya dari keluarga susah, orang susah. Nampak pak cik itu macam nampak bapa saya. Niat dan cara itu tidak ngamlah,” tulisnya menerusi Instastory.
Dalam pada itu, MK juga meminta maaf kepada warganet dan pengikutnya setelah melontarkan kata-kata yang mengikut emosinya itu.
“Minta maaf emosi sangat. Fikiran tak betul. Saya terima teguran dan nasihat semua. Ada jalan yang betul dan lebih baik untuk tolong, maafkan saya.
“Saya pun bodoh juga, manusia biasa marah ikut emosi. Tetapi yang ini saya ikut tolong. Pak cik sabar sekejap, kita agihkan semua sama rata ikut mana mampu. Minta maaf,” ujarnya.










