Artis dan Uncle Kentang raih sumbangan RM100,000 - Utusan Malaysia

Artis dan Uncle Kentang raih sumbangan RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kutipan sebanyak RM100,000 berjaya diraih oleh artis naungan Prodigee Asia Talents bersama aktivis sosial, Kuah Chee Heng atau Uncle Kentang dalam masa empat hari menerusi penganjuran acara Food Bank – Paving the Way Together (PAT) yang diadakan bermula 20 hingga 23 Julai lalu.

Menerusi kenyataan media daripada Prodigee, acara tersebut diadakan dengan tujuan mengumpulkan dana bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dan terjejas disebabkan pandemik serta berfungsi sebagai platform kepada rakyat Malaysia untuk menderma ke yayasan yang telus dan sah di negara ini.

“Mereka berjaya meraih lebih dari RM100,000 sumbangan, baik dalam bentuk wang atau lain-lain berkat sokongan padu dari peminat, para penganjur dan content creator tempatan, 3P.

“Semua sumbangan yang diterima semasa strim siaran langsung terus dihantar ke yayasan yang berkelulusan seperti Kentang Fund, The Hope Branch, dan rumah kebajikan Orang Asli Malaysia di Sabah dan Sarawak,”menurut kenyataan tersebut.

Selama empat hari, aktiviti PAT Food Bank tersebut telah dilaksanakan secara strim langsung selama 2 jam dan telah disertai oleh artis mereka seperti Hao Ren, Priscilla Abby, Thomas Kok dan Daniel Wong, Daniel Cheah, Wayne Phoo, Youtuber, Gladish, Han Ke-Sin.

Selain itu, artis lain seperti Fuying & Sam, Danny One, Miko Wong, Bell, Ivan Low, Jane Ng, Ernest Chong, Happy Gan, Jasmin Chong, Tomato Odd, Ryota Katayama, Ruby Yap, Mandy Chen, Leo Panda dan Xin Hong turut menyokong misi ini dengan berkongsi video-video mereka serta di platform media sosial mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×