Terengganu tumpaskan Negeri Sembilan, 2-1

Terengganu tumpaskan Negeri Sembilan, 2-1

PEMAIN Terengganu FC, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, terjatuh ketika diasak pema8n Negeri Sembilan FC, Adam Haikal Azizol, ketika beraksi pada Perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Terengganu FC menafikan keazaman Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mencatitkan kemenangan di laman sendiri apabila menumpaskan pasukan itu, 2-1, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang tadi.

Rentak permainan kedua-dua pasukan tidak lancar berikutan keadaan padang yang lembap selepas hujan lebat sebelum itu.

Hantaran kedua-dua pasukan sering dipatahkan pasukan lawan dan tiada percubaan yang dilihat mampu mengugat gol masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan tuan rumah hampir memperoleh gol pertama pada minit ke-45 namun sepakan Luqman Hakim Shamsudin yang mendapat hantaran lintang dari Adam Haikal Azizol tersasar ke kiri gol lawan.

NSFC memulakan langkah kanan sebaik separuh masa kedua bermula apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Luqman Hakim dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-50.

Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus meletakkan pasukan tuan di depan.

Gol itu menyuntik semangat kepada pemain NSFC namun berdepan asakan balas dari pasukan pelawat yang terdesak mencari gol penyamaan.

Asakan berterusan Terengganu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain import Terengganu FCJordan Mintah memanfaatkan hantaran lintang dengan mendada bola masuk ke gawang NSFC pada minit ke-84.

Pasukan pelawat menoktahkan kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada minit ke-90 apabila Romel Oswaldo Morales menguis bola masuk ke gawang ketika suasana kelam kabut di depan pintu gol NSFC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini