Kemelut Negeri Sembilan berakhir semalam selepas Barisan Nasional (BN) mentadbir hampir tiga bulan.
Krisis tersebut bukan lagi sekadar perselisihan antara pemimpin politik, sebaliknya menjejaskan kestabilan pentadbiran dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri.
Semalam enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu di hadapan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pelantikan itu menyaksikan empat wakil BN dan dua daripada Perikatan Nasional (PN) menganggotai barisan Exco baharu.
Empat wakil BN ialah ADUN Kota, Suhaimi Aini; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir; ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd. Jalil dan ADUN Repah, Koh Kim Swee daripada MCA.
Dua wakil PN pula ialah ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad dan ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria.
Pada PRN ke-16 lalu, BN memenangi 18 kerusi, manakala PN memperoleh tujuh kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi DUN.
Kepada Menteri Besar dan barisan Exco baharu, tumpukan kepada usaha mempercepat urusan pentadbiran negeri termasuk menyelesaikan pelbagai kertas kerja yang tertangguh susulan hampir dua bulan tiada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Antara yang perlukan tindakan segera adalah Belanjawan Negeri Sembilan.
Sebahagian besar kertas kerja yang tertangguh itu melibatkan kepentingan rakyat dan perlu diselesaikan segera bagi memastikan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar.
Ingat juga titah Tuanku Muhriz supaya mengutamakan kepentingan rakyat, laksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesionalisme serta pastikan setiap keputusan yang dibuat berlandaskan kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat,
Pelantikan ini adalah amanah dan kepercayaan yang diberi oleh rakyat yang sudah membuat keputusan dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026.
Jadi semua Exco perlu memberi sepenuh perhatian terhadap portfolio yang diamanahkan, selain melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, profesionalisme dan kebijaksanaan
Jadikan semua peristiwa dan isu yang tercetus baru-baru ini sebagai pengajaran dan pedoman. Kini adalah masa untuk kembali bekerja memastikan agenda pembangunan negeri dan negara berjalan sebagaimana dirancang.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim sudah pun menyatakan komitmen akan bekerja keras dan mempercepatkan semua urusan yang tertangguh.
“Insya Allah, seawal minggu depan saya sudah menetapkan mesyuarat Exco pada Selasa dan Khamis. Mungkin kita akan mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap supaya dapat menyelesaikan kertas-kertas yang tertangguh sekarang ini,” katanya.
Walaupun barisan Exco kini hanya enam berbanding 10, ia bukanlah ukuran menentukan berjaya atau gagalnya pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.
Ingatlah ungkapan bekas Presiden Indonesia, Soekarno: “Beri aku 1,000 orang tua, nescaya akan ku cabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda niscaya akan ku goncangkan dunia.”
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
Utamakan kepentingan rakyat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved