13 negara buru kejuaraan golf amatur Saujana - Utusan Malaysia

13 negara buru kejuaraan golf amatur Saujana

S.A Nathan bersama Lee Ai Hoon pada majlis pelancaran Kejohanan Amatur Saujana edisi ke-36 di Saujana Golf & Country Club, Subang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf amatur dari 13 negara termasuk Malaysia bakal berentap pada Kejohanan Amatur Saujana (SAC) edisi ke-36 dengan slot ke Jelajah Pembangunan Asia (ADT) menjadi taruhan utama.

Kejohanan yang berlangsung dari 8 hingga 10 Disember ini di Palm Course, Kelab Golf dan Country Saujana turut menawarkan mata Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) kepada peserta.

Selain Malaysia, 12 negara lain yang mengesahkan penyertaan ialah Thailand, Vietnam, Korea Selatan, Indonesia, Papua New Guinea, Nepal, Hong Kong, Jepun, Sri Lanka, Sweden, England dan Amerika Syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejohanan selama tiga hari itu mendapat pengiktirafan Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan terbuka kepada pemain amatur lelaki dengan handicap 5.8 dan ke bawah mengikut Sistem Handicap Dunia (WHS).

SAC juga menjadi antara platform penting buat pemain golf amatur mengorak langkah ke pentas profesional.

Pengurus Besar Kelab Golf dan Country Saujana, S.A. Nathan berkata, cabaran yang ditawarkan Palm Course merupakan medan terbaik buat pemain menguji kemampuan masing-masing.

“Palm Course yang terkenal dengan reka bentuk mencabar dan reputasinya sebagai venue kejohanan menawarkan ujian terbaik terhadap kemampuan pemain golf.

“Ia juga platform ideal buat pemain amatur berbakat mengukur kemampuan masing-masing. Kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan mereka dan menyaksikan persaingan sengit sepanjang kejohanan,” katanya.

Dalam pada itu, Bermaz Auto Berhad meneruskan komitmennya terhadap pembangunan sukan golf tempatan dengan tampil sebagai penaja kejohanan.

Syarikat itu turut menawarkan sebuah Mazda CX-30 sebagai hadiah kepada pemain yang berjaya melakukan pukulan hole-in-one.

Perjanjian penajaan itu dimeterai antara Nathan dan Pengarah Pemasaran Bermaz Auto, Lee Ai Hoon, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini