Menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) Malaysia pada 24 November 2022 bukanlah tugas yang mudah bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebabnya, Anwar berdepan pelbagai cabaran termasuk memulihkan keyakinan ekonomi, menangani tekanan kos sara hidup dan memastikan kestabilan politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selain itu, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU15 menghimpunkan gabungan parti dengan latar belakang dan pendirian politik berbeza.
Ia melibatkan gabungan utama politik tanah air antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan lain-lain.
Selepas PRU-14 pada 2018, politik negara berada dalam keadaan kurang stabil. KIta bertukar empat Perdana Menteri (PM) dalam tempoh kira-kira empat tahun.
Bermula dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi PM kira-kira 19 bulan dari 10 Mei 2018 – 24 Februari 2020; Tan Sri Muhyiddin Yassin 15 bulan (1 Mac 2020 – 20 Ogos 2021) dan Datuk Seri Dr. Ismail Sabri Yaakob selama 15 bulan (21 Ogos 2021 – 23 November 2022)
Pentadbiran PM yang agak pendek secara tidak langsung menimbulkan ketidakstabilan politik. Sebabnya, pelabur asing tidak berani melabur kerana bimbang berlaku perubahan dasar ekonomi negara setiap kali PM bertukar.
Ternyata, tempoh pentadbiran Anwar yang lebih lama berbanding tiga PM sebelum ini menunjukkan kestabilan yang ada pada kerajaan ini ditambah dengan pertumbuhan ekonomi negara yang konsisten mengukuhkan lagi kedudukannya.
Pertumbuhan ekonomi yang konsisten melebihi lima peratus, kemasukan pelaburan diluluskan berjumlah hampir RM1.5 trilion, kadar inflasi terkawal serta pengangguran rendah adalah antara kejayaan terpenting sepanjang empat tahun pentadbiran Anwar.
Dua dasar ekonomi yang penting sepanjang empat tahun pentadbiran PM adalah rasionalisasi dan penyasaran subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 serta reformasi fiskal dan peluasan asas hasil negara.
Rasionalisasi subsidi petrol RON95 dan diesel adalah perubahan penting dalam pendekatan pengurusan fiskal negara. Sebelum ini, subsidi bahan api diberi secara meluas, bermakna pengguna berpendapatan tinggi, pemilik kenderaan mewah dan sebahagian pengguna yang tidak memerlukan bantuan turut menikmatinya.
Penguatkuasaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023; pelaksanaan semula cukai perkhidmatan dan peluasan skop cukai; pengukuhan pentadbiran dan pematuhan cukai; pengurangan subsidi tidak bersasar dan usaha mengawal pertumbuhan perbelanjaan operasi kerajaan juga adalah usaha penting dilakukan kerajaan.
Kerajaan tidak boleh selama-lamanya membiayai pembangunan melalui pinjaman. Kita memerlukan hasil yang lebih mampan supaya kerajaan mempunyai kemampuan membiayai pembangunan tanpa terus meningkatkan beban hutang.
Bagi tahun 2025, pelaburan asing diluluskan berjumlah RM207.1 bilion meningkat 20.9 peratus berbanding 2024. Rekod itu adalah petunjuk bahawa Malaysia masih mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.
Lebih penting, kadar inflasi keseluruhan berada pada 1.9 peratus pada Oktober 2026 berbanding 1.8 peratus bulan sebelumnya. Inflasi teras menyederhana kepada 1.5 peratus, menunjukkan tekanan kenaikan harga secara keseluruhan masih terkawal.
Pasaran pekerjaan juga memperlihatkan perkembangan positif apabila kadar pengangguran kekal pada 2.9 peratus September lalu, dengan jumlah penduduk bekerja meningkat kepada 16.89 juta orang.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
PMX teruskan tadbir negara

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved