14 buah pusat peperiksaan SPM berisiko banjir di Kelantan

14 buah pusat peperiksaan SPM berisiko banjir di Kelantan

SITI Norina Muhamad menyantuni Calon-Calon SPM 2026 sebelum mereka memasuki dewan Peperiksaan di SMK Kota Bharu, Kota Bharu.-FOTO/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Sebanyak 14 buah pusat peperiksaan bersiko banjir yang melibatkan seramai 965 calon yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Siti Norina Muhamad berkata, sebanyak lapan buah pusat peperiksaan melibatkan laluan ke pusat dan kediaman calon terkesan banjir dan enam jalan ke pusat peperiksaan ditenggelami banjir, pusat peperiksaan dan kediaman calon yang tidak terlbat.

Katanya, kawasan pusat berisiko itu melibatkan jajahan Pasir Mas (9), Machang (2), Tumpat (2) dan Kuala Krai (1).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini adalah seramai 27,998 orang.

“Daripada jumlah itu seramai 398 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK),” katanya pada sidang akhbar ketika lawatan rasmi hari pertama SPM  di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Bharu di sini hari ini.

Siti Norina berkata, JPN menjalinkan kerjasama erat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan askes calon ke pusat terjamin.

“Pelan kontingensi seperti Ops Payung turut diaktifkan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau cuaca buruk sepanjang tempoh peperiksaan.

“Semua persiapan logistik, keselamatan, dan kebajikan calon telah berada pada tahap optimum bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini