Zi Yu-Noraqilah, Pearly-Thinaah bertembung di separuh akhir

Zi Yu-Noraqilah, Pearly-Thinaah bertembung di separuh akhir

PEARLY Tan-M. Thinaah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu remaja negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan melakar sejarah dalam karier mereka apabila mara buat kali pertama pada separuh akhir kejohanan badminton berstatus Super 500 iaitu di Terbuka Hong Kong dekat Grand Hall – Kai Tai Arena, Hong Kong, hari ini.

Gandingan yang menghuni ranking ke-41 dunia itu menundukkan beregu No. 25 dunia, Francesca Corbett-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-19, 16-21, 21-16 dalam masa 58 minit.

Kejayaan itu juga merupakan kemenangan sulung Zi Yu-Noraqilah ke atas Corbett-Jennie dan sekali gus mendahului rekod pertemuan dengan kedudukan 1-0.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noraqilah berkata, dia gembira berjaya mara ke separuh akhir, lebih-lebih lagi selepas lama tidak beraksi bersama, Zi Yu.

“Zi Yu mempunyai komitmen pada kejohanan di peringkat remaja, manakala, saya pula terpaksa berehat seketika akibat kecederaan.

“Sekarang saya sudah pulih, cuma belum sepenuhnya, boleh dikatakan dalam 70 peratus,” katanya sewaktu ditemu bual oleh wakil BWF.

Pada separuh akhir, esok, beregu berusia 16 dan 19 tahun itu akan berdepan senior mereka iaitu pasangan No. 4 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah.

Beregu wanita No. 1 Malaysia itu menyingkirkan satu lagi gandingan Amerika Syarikat, Lauren Lam-Allison Quynh Lee yang merupakan pasangan ke-14 dunia 21-18, 21-11 dalam masa 37 minit.

Zi Yu-Noraqilah dan Pearly-Thinaah belum pernah bertemu dalam sebarang kejohanan di pentas antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini