Laungan 'daulat tuanku' bergema di DUN Johor

Laungan ‘daulat tuanku’ bergema di DUN Johor

ONN Hafiz Ghazi mengetuai laungan daulat tuanku sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 22 November ini di DUN Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Laungan ‘daulat tuanku’ bergema dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini sempena pembentangan Belanjawan Johor 2027.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, laungan itu sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ahad ini.

“Sebelum saya meneruskan bicara, izinkan saya merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah serta ucap selamat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang bakal disambut pada 22 November.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pohon meranti tinggi menjulang, rimbun daunnya menghijau lestari. Daulat tuanku kekal gemilang, rakyat sejahtera makmur negeri.

“Daulat tuanku, daulat tuanku, daulat tuanku,” katanya sebelum memulakan pembentangan Belanjawan Johor 2027.

Laungan berkenaan turut disambut kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan delegasi pelbagai agensi kerajaan serta pemerhati.

Onn Hafiz turut menjunjung kasih terhadap kebijaksanaan, kepemimpinan dan naungan berterusan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam memacu pembangunan serta kemajuan negeri demi kesejahteraan rakyat.

“Payung mahkota bersinar gemilang, daulat dijunjung negeri bertuah. Raja memimpin bangsa cemerlang, Johor dijulang megah bermaruah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini