Musk rasa 'bodoh' belanja besar untuk calon Republikan

Musk rasa ‘bodoh’ belanja besar untuk calon Republikan

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jutawan teknologi, Elon Musk mengakui kesilapan membelanjakan wang dalam jumlah besar untuk membantu calon Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan parti itu mengalami kekalahan.

Musk berkata, beliau berasa kesal dengan perbelanjaan besar yang tidak memberikan pulangan seperti diharapkan.

“Saya berasa agak bodoh kerana membelanjakan begitu banyak wang tetapi tidak mendapat hasil yang setimpal. Jika boleh mengundurkan masa, mungkin saya akan berbelanja lebih sedikit,” katanya ketika menghadiri Sidang Kemuncak DealBook anjuran The New York Times pada 18 November.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenyataan itu merupakan ulasan paling jelas Musk setakat ini mengenai kekalahan calon Republikan dalam pilihan raya awal November lalu.

Musk, antara penyumbang terbesar Republikan dan sekutu Presiden Donald Trump, dilaporkan menyumbang lebih AS$445 juta (RM1.94 bilion) sepanjang kempen pilihan raya terbaharu.

Jumlah sumbangan besar itu mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan sebahagian pengundi dan turut menjadi bahan kritikan calon Demokrat yang memenangi pilihan raya, termasuk James Talarico yang dipilih sebagai Senator Texas.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX dan Tesla Inc. itu serta syarikat miliknya kini berkemungkinan berdepan penelitian lebih ketat daripada pemimpin Demokrat yang semakin yakin selepas kemenangan pilihan raya.

Sebahagian daripada mereka berikrar menyiasat sekutu Presiden Donald Trump dan mengenakan kawalan lebih ketat terhadap perniagaan Musk.

Sebahagian besar sumbangan politik Musk pula disalurkan kepada calon Republikan yang akhirnya tewas.

Dokumen Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) menunjukkan dua jawatankuasa tindakan politik (PAC) yang dibiayainya, America PAC dan Texas PAC, membelanjakan sejumlah besar wang untuk menyokong calon Republikan bagi kerusi Senat dan Dewan Perwakilan yang gagal memenangi pilihan raya.

Kempen Ken Paxton untuk merebut kerusi Senat Texas yang kosong menerima sebahagian besar sumbangan itu, iaitu kira-kira AS$229 juta (RM941 juta).

Demokrat turut memenangi beberapa pertandingan pilihan raya lain di Texas, termasuk bagi jawatan peringkat negeri dan tempatan, ketika Musk mengembangkan sebahagian besar empayar perniagaannya di negeri itu.

Tesla mempunyai kilang berskala besar berhampiran Austin, manakala SpaceX melancarkan roket dari pangkalannya di kawasan pesisir yang kini diiktiraf sebagai bandar Starbase.

Kedua-dua syarikat itu juga merancang membina sebuah kilang cip secara bersama yang dinamakan Terafab.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini