Saya tidak larat untuk sertai 'vendor’ macam selebriti lain - Linda Onn - Utusan Malaysia

Saya tidak larat untuk sertai ‘vendor’ macam selebriti lain – Linda Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun sudah mempunyai lima cawangan perniagaan, bekas penyampai radio dan usahawan, Linda Onn mengakui tidak mampu menyertai acara jualan di luar seperti yang dilakukan segelintir selebriti kerana merasakan tanggungjawab menguruskan jualan di luar terlalu berat bagi dirinya.

Linda atau Rozlindah Onn,48, berkata, dia pernah menerima beberapa pelawaan untuk menyertai acara sedemikian, termasuk acara jualan berkonsepkan halal di Singapura, namun memilih untuk menolaknya kerana sedar akan kemampuan diri.

“Saya seronok melihat mereka berniaga, tetapi saya sendiri rasa penat. Saya tahu saya tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan sebegitu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat hormat mereka yang mampu buat jualan sebegitu sebab mereka perlu berniaga dalam keadaan panas. Mereka juga perlu mengangkat banyak barangan untuk menjalankan perniagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Linda, setiap usahawan mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan perniagaan dan dia tidak boleh mengambil semua peluang yang ditawarkan tanpa mengambil kira kemampuan dirinya.

“Saya anggap mereka mempunyai corak perniagaan sendiri, begitu juga saya. Saya tidak boleh mengambil semua peluang yang ada,” katanya.

Linda berkata, dia lebih rela melepaskan peluang berkenaan daripada menyertainya kerana bimbang tidak berbaloi dengan hasil yang diperoleh.

“Kalau saya sudah tahu saya tidak mampu, lebih baik saya lepaskan sahaja. Daripada saya buat tetapi akhirnya penat dan tidak berbaloi, lebih baik saya tidak teruskan,” katanya.

Mengulas mengenai tumpuannya ketika ini, Linda mengakui perniagaan menjadi keutamaan dan dia mahu memberikan perhatian kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

“Buat masa ini, saya memang lebih fokus kepada perniagaan. Namun, jika ada tawaran untuk kembali menjadi penyampai radio, saya terbuka untuk mempertimbangkannya,” katanya.

Untuk rekod, Linda memulakan kariernya sebagai penyampai radio pada tahun 1998 bersama Best 104 dan telah merangkul enam kali trofi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini