Dua lelaki rentung dalam nahas dua kereta

Dua lelaki rentung dalam nahas dua kereta

DUA lelaki rentung dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Jaya Diri, Rengit, Batu Pahat, Johor malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua orang lelaki termasuk remaja berusia 17 rentung selepas keret dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Jalan Jaya Diri, Rengit, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, dua lagi mangsa iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun dan wanita warga emas berusia 61 tahun yang menaiki sebuah lagi kereta mengalami kecederaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Khairul Azmi Ngatman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.01 malam sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Wira dan Proton Saga BLM yang terbakar kira-kira 60 peratus.

“Dua mangsa yang menaiki Proton Wira didapati tersepit sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

“Bagaimanapun, berdasarkan keterangan saksi, terdapat dua mangsa yang tersepit dan rentung dalam Proton Saga BLM,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini