Anwar hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49

Anwar hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49

ANWAR Ibrahim ketika menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, disambut Presiden Ferdinand Marcos Jr. selaku Pengerusi ASEAN.

Beberapa agenda utama akan dibawakan pemimpin negara anggota antaranya krisis Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Acara gilang-gemilang itu bermula dengan ucapan perasmian Pengerusi ASEAN disusuli penyampaian Anugerah ASEAN.

Dalam pada itu, Marcos Jr berkata, tiada negara anggota memiliki semua sumber dan keupayaan diperlukan, sekali gus menegaskan kepentingan kerjasama serantau dalam memperkukuh keupayaan setiap negara anggota.

“Ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi, kemunculan teknologi baharu, perubahan iklim dan ancaman rentas negara sedang membentuk semula rantau ini dengan lebih pantas berbanding keupayaan mana-mana negara untuk menanganinya secara bersendirian,” katanya berucap pada majlis pembukaan.

Majlis disusuli sidang pleno dan sesi permukiman pemimpin negara anggota ASEAN.

Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Anwar turut menyertai pemimpin ASEAN lain dalam beberapa mesyuarat berasingan bersama-sama wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Belia ASEAN.

Pada sebelah petang, beliau dijadualkan menerima kunjungan hormat Presiden Asian Development Bank (ADB), Masato Kanda.

Sidang kemuncak kali ini memberi peluang untuk Malaysia bertukar pandangan mengenai pembinaan komuniti ASEAN dan hala tuju masa depan blok itu.

Ia antara lain akan memfokuskan usaha memperkukuh daya tahan serantau, keselamatan tenaga serta rantaian bekalan dalam ketidaktentuan suasana global.

Selain itu, pemimpin dijangka mengkaji semula pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN mengenai Myanmar, dan membincangkan langkah tindakan seterusnya.

Selain isu jerebu rentas sempadan, blok itu turut akan menyentuh isu keselamatan maritim, susulan perkembangan rundingan berhubung Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan serta krisis Asia Barat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini