Ikan kuning jingga aneh ditemukan di pelabuhan New York

Ikan kuning jingga aneh ditemukan di pelabuhan New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
NEW YORK: Seekor ikan berwarna kuning jingga luar biasa ditemukan di sebuah pelabuhan di New York selepas ditangkap dalam satu tinjauan rutin hidupan akuatik, menurut Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat (USFWS).

Ikan spesies burbot yang berasal dari perairan tempatan itu ditangkap di Pelabuhan Oswego ketika tinjauan rutin spesies invasif akuatik dijalankan.

Ahli biologi yang memeriksa ikan berkenaan segera menyedari warna badannya yang luar biasa.

USFWS menyifatkan warna kuning jingga ikan itu begitu menyerlah sehingga mengatasi keindahan warna-warni dedaunan musim luruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut ahli biologi, ikan berkenaan mengalami keadaan biologi dikenali sebagai xanthochromism, iaitu keadaan yang mengganggu pigmentasi normal sehingga menghasilkan warna kuning jingga yang sangat terang.

“Xanthochromism jauh lebih jarang berlaku dalam kalangan ikan liar berbanding albinisme atau melanisme, menjadikan penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa,” menurut kenyataan pegawai agensi itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini