MELAKA: Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 16 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat pukul 8.05 malam.
Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Command Barisan Nasional di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebentar tadi.
DUN yang dimenangi BN Sungai Udang, Taboh Naning, Lendu, Tanjong Bidara, Ayer Limau, Kuala Linggi, Gadek, Machap Jaya, Ayer Molek, Rembia, Serkam, Merlimau, Duyong, Asahan, Pengkalan Batu dan Paya Rumput. – UTUSAN
Memuatkan artikel berkaitan…










