Isu pendidikan masyarakat India, kuil perlu diberi perhatian kerajaan

Isu pendidikan masyarakat India, kuil perlu diberi perhatian kerajaan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu pendidikan dan kuil merupakan antara perkara yang perlu diperbaiki dan dan ditangani kerajaan berkaitan masyarakat India di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan perlu diberi perhatian pihaknya serta dicari penyelesaian mengenainya selain beberapa isu kebajikan membabitkan masyarakat India.

Menurutnya, antara perkara lain yang perlu ditangani termasuk berkenaan peniaga India serta kehidupan masyarakat India yang berdepan kemiskinan di kawasan bandar dan estet.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita berbuat sebaik mungkin. Ada harus kita perbaiki, dalam bidang pendidikan, dalam bahasa Tamil, dalam sekolah Tamil.

“Selain itu, dalam isu kuil Hindu, soal peniaga-peniaga India serta kehidupan rakyat India yang miskin di kota-kota dan estet harus kita cuba tangani dan selesaikan,” katanya ketika berucap dalam Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 di Little India Brickfields di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga tidak mengambil kira kaum.

Katanya, bantuan RM200 akan diberikan kepada setiap anak sekolah pada Januari depan merangkumi semua kaum dan aliran pendidikan.

“Bulan Januari buka sekolah. Anak-anak kita di semua aliran sekolah, semua kaum serta daerah. Masuk sekolah kita berikan RM200 setiap anak bersekolah. Sebab apa? Sebab kita fikirkan masa depan dia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini