Sifar kes penculikan, kukuh keyakinan keselamatan pantai timur Sabah

Sifar kes penculikan, kukuh keyakinan keselamatan pantai timur Sabah

MUSA Aman menerima cenderamata daripada Victor Sanjos di Istana Seri Kinabalu, Sabah hari ini.- JABATAN PENERANGAN SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Rekod sifar kes penculikan di kawasan pantai timur Sabah sejak 2020 menjadi bukti keberkesanan usaha pasukan keselamatan memastikan kawasan berkenaan kekal aman.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Victor Sanjos berkata, kestabilan keselamatan itu bukan sahaja menjamin kesejahteraan masyarakat setempat malah membolehkan pembangunan ekonomi dan sektor pelancongan di pantai timur Sabah terus berkembang.

“Sejak 15 Januari 2020 hingga hari ini, kita masih lagi berjaya mengekalkan rekod sifar kes penculikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila tahap keselamatan sentiasa terjamin, pembangunan di kawasan pantai timur Sabah dapat berjalan lancar dan semakin meningkat.

“Ia sekali gus memberi ruang dan peluang yang luas kepada masyarakat setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini