![]() |
Acara sulung Celebrity & Pop Culture Experience anjuran rumah lelongan barangan hiburan terkemuka dunia.
Tiga lelongan utama menghimpunkan koleksi Michael Jackson, Princess Diana dan legenda budaya pop sebagai pembuka tirai kepada rangkaian acara yang berlangsung sepanjang November dan Disember di seluruh rantau ini.
Bidaan dibuka pada 9 November, dengan katalog lengkap yang menampilkan nama-nama terbesar dalam dunia muzik, fesyen, filem dan hiburan akan tersedia untuk tatapan umum.
LOS ANGELES, 10 Nov 2026 /PRNewswire/ — Julien’s Auctions akan memperkenalkan katalog lengkap dan membuka bidaan bagi tiga lelongan utama, iaitu Michael Jackson: The Fashion Legacy, Princess Diana: Influence, Fashion, & A Royal Collection dan Pop Culture Legends.
Lelongan ini akan menghimpunkan pengumpul terkenal dunia, jenama mewah, pemimpin industri hiburan, pereka dan tokoh yang berpengaruh dalam dunia budaya bagi acara sulung Celebrity & Pop Culture Experience yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Disember di Rosewood Abu Dhabi. Para pengunjung bakal menikmati pengalaman imersif selama beberapa hari yang menampilkan pameran bertaraf muzium, lelongan secara langsung, pengisian program eksklusif, sesi perbincangan berilmiah serta acara VIP di Abu Dhabi dan Bahrain.
"Ini merupakan detik penting dalam perkembangan Julien’s di peringkat global apabila kami membawa beberapa khazanah budaya paling luar biasa di dunia ke Abu Dhabi untuk meraikan muzik, fesyen, filem dan hiburan dalam satu acara yang belum pernah diadakan seumpamanya," kata Ken Citron, Ketua Pegawai Eksekutif Julien’s Auctions. "Daripada pengaruh revolusioner Michael Jackson terhadap muzik dan gaya hinggalah kepada legasi kemanusiaan Princess Diana yang berkekalan, koleksi ini membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar barangan ikonik. Koleksi ini merupakan khazanah nyata yang menjadi sebahagian daripada sejarah budaya pop yang kita kongsi bersama. Menerusi acara sulung di Abu Dhabi ini, kami mewujudkan sebuah platform baharu yang membolehkan pengumpul, peminat dan tokoh berpengaruh dalam dunia budaya dari seluruh dunia mendekati legenda serta detik bersejarah yang telah membentuk pelbagai generasi."
TINJAUAN AWAL BARANGAN UTAMA YANG AKAN DILELONG:
1. Michael Jackson: The Fashion Legacy
Lebih 100 barangan luar biasa yang telah mengubah dunia fesyen selebriti, muzik dan budaya pop, sekali gus mengabadikan detik-detik yang menjadikan Michael Jackson seorang bintang terkenal di seluruh dunia. Koleksi ini menampilkan barangan luar biasa yang dipakai semasa persembahan pentas dan penggambaran video muzik, serta rekaan pakaian peribadi yang dihasilkan oleh pereka kostum Michael Jackson sejak sekian lama, Dennis Tompkins dan Michael Bush. Rekaan tersebut turut dipaparkan dalam buku bergambar karya Bush yang amat dinanti-nantikan, KING OF STYLE II: Dressing Michael Jackson. PAUTAN KE LELONGAN MALAM MICHAEL JACKSON & PAUTAN KE LELONGAN SIANG MICHAEL JACKSON
- Michael Jackson | Jaket kulit merah dan hitam yang dipakai dalam video muzik "Thriller" pada 1982 serta ditandatangani (Anggaran harga: Tersedia atas permintaan)
- Michael Jackson | Kasut loafer jenama Florsheim yang dipakai dalam video muzik "Thriller" pada 1982, berserta surat yang ditandatangani (Anggaran harga: AS$30,000 – AS$50,000)
- Michael Jackson | Kasut loafer yang dipakai semasa persembahan gerakan Moonwalk buat pertama kalinya dalam "Motown 25" pada 1983 (Anggaran harga: AS$60,000 – AS$80,000)
- Michael Jackson | Sarung tangan putih berhias yang dipakai di pentas semasa persembahan "Motown 25" pada 1983 (Anggaran harga: AS$600,000 – AS$800,000)
- Antara barangan menarik lain termasuk jaket "Bad Tour" dan sut berjalur halus "Smooth Criminal", dengan maklumat lanjut tersedia atas permintaan.
2. Princess Diana: Influence, Fashion & A Royal Collection
Diana memukau dunia bukan sahaja menerusi penampilan anggunnya hasil rekaan Catherine Walker dan Victor Edelstein, malah melalui interaksi penuh belas kasihannya dengan mereka yang hidup dalam kemiskinan dan menderita akibat penyakit. Kemunculannya di khalayak ramai bukan lagi sekadar menjadi bahan rakaman foto atau detik fesyen, sebaliknya menjadi peluang untuk meningkatkan kesedaran, mencabar persepsi dan menarik perhatian dunia terhadap perjuangan kemanusiaan yang penting. Koleksi unik ini menghidupkan legasi beliau menerusi pakaian dan aksesori yang digunakan ketika menghadiri beberapa acara amalnya yang paling terkenal, serta pelbagai memorabilia yang mencerminkan kemurahan hati dan kejelitaan beliau yang kekal dalam ingatan. PAUTAN KE LELONGAN PRINCESS DIANA
- Princess Diana | Gaun malam biru laut rekaan Catherine Walker yang dipakai pada acara CFDA pada 1995 (berserta buku) (Anggaran harga: AS$200,000 – AS$400,000)
- Princess Diana | Kasut loafer Miss Selfridges yang dipakai ketika memandu pada 1997 (berserta buku) (Anggaran harga: AS$20,000 – AS$30,000)
- Dipakai ketika beliau melakukan acara berjalan kaki yang ikonik di kawasan periuk api darat.
- Princess Diana | Kemeja Ralph Lauren bagi Landmine Survivors Network yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada 1997 (berserta buku) (Anggaran harga: AS$10,000 – AS$20,000)
- Princess Diana | Gaun malam krep sutera biru tua rekaan Victor Edelstein yang dipakai di Serpentine Gallery pada 1993 (Anggaran harga: AS$200,000 – AS$400,000)
- Maklumat mengenai barangan menarik lain tersedia atas permintaan.
3. Pop Culture Legends
Pilihan terkurasi yang menghimpunkan barangan nadir dan luar biasa yang telah membentuk budaya pop global. Para pengumpul berpeluang mendapatkan alat muzik ikonik yang pernah dimainkan di pentas-pentas terbesar dunia, prop daripada filem-filem bersejarah, koleksi fesyen arkib daripada tokoh ternama, anugerah dan penghargaan milik atlet legenda serta karya seni urban kontemporari yang terkenal. PAUTAN KE LELONGAN MALAM POP CULTURE LEGENDS & PAUTAN KE LELONGAN SIANG POP CULTURE LEGENDS
- Replika Infinity Gauntlet satu-satunya di dunia, dihiasi batu permata asli (Anggaran harga: Tersedia atas permintaan)
- Dihasilkan hanya satu unit berdasarkan persetujuan dengan Marvel dan Disney, menggunakan fail reka bentuk rasmi Marvel serta dihiasi enam batu permata semula jadi yang diperakui dan tidak menjalani sebarang rawatan, dengan jumlah berat hampir 180 karat. Setiap batu permata mewakili satu daripada Infinity Stones.
Barangan Muzik
- Nirvana | Jaket kulit Kurt Cobain yang dipakai semasa persembahan di Reading Festival pada 1991 dan sesi fotografi "Nevermind" (berserta majalah) (Anggaran harga: AS$20,000 – AS$40,000)
- Prince | Gitar Cloud biru metalik yang dibina oleh Kurt Nelson pada 1993, pernah dimiliki dan dimainkan oleh Prince (Anggaran harga: AS$300,000 – AS$600,000)
- Prince | Rantai leher yang dihadiahkan kepada Mayte Garcia (Anggaran harga: AS$10,000 – AS$20,000)
- Amy Winehouse | Gitar klasik Yamaha CX40 berwarna semula jadi yang digunakan secara peribadi untuk menggubah lagu pada 2008 (berserta foto) (Anggaran harga: AS$20,000 – AS$40,000)
Banksy
- Banksy | "Brace Yourself!" Lukisan asli Grim Reaper yang ditandatangani (Anggaran harga: AS$2,000,000 – AS$3,000,000)
Sharon Stone
- Sharon Stone | Set pakaian haute couture Valentino yang dipakai di permaidani merah Festival Filem Cannes pada 1995 (berserta foto) (Anggaran harga: AS$4,000 – AS$5,000)
- Sharon Stone | Set pakaian kulit biru watak Ginger McKenna yang dipakai dalam filem Casino pada 1995 (berserta foto) (Anggaran harga: AS$4,000 – AS$5,000)
- Sharon Stone | Gaun Vera Wang dengan rekaan blok warna yang dipakai pada Golden Globes 1996 (berserta foto) (Anggaran harga: AS$4,000 – AS$5,000)
- Sharon Stone | Set pakaian yang terdiri daripada skirt Vera Wang dan kemeja Charvet, dipakai di permaidani merah Oscars pada 1998 (berserta foto) (Anggaran harga: AS$4,000 – AS$5,000)
Menjelang lelongan secara langsung di Abu Dhabi, pilihan barangan utama daripada tiga koleksi lelongan berprestij ini telah dibawa menjelajah ke peringkat antarabangsa. Persinggahan di Amerika Syarikat termasuk Heal Los Angeles Foundation, MOPOP (Museum of Pop Culture) di Seattle dan New York City. Di peringkat antarabangsa, barangan tersebut dipamerkan di Hankyu, Osaka, Jepun dan Museum of Style Icons di Newbridge, Ireland.
Pada November, Julien’s dan Imersa Experiences (dahulunya dikenali sebagai Faalyat), sebuah syarikat pengurusan acara yang berpangkalan di Bahrain, akan menganjurkan jelajah sesi menandatangani buku Michael Jackson yang menampilkan Michael Bush, pereka kostum Michael Jackson sejak sekian lama, bagi memberikan peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan sendiri ketelitian seni pertukangan di sebalik pakaian pentas Jackson. Maklumat mengenai acara dan pameran di Cipriani serta pelbagai aktiviti lain dengan kerjasama Imersa Experiences akan diumumkan kelak.
Barangan ini kemudiannya akan dipamerkan dalam pameran sementara khas di Emirates Palace Mandarin Oriental, Abu Dhabi, sempena minggu Grand Prix Formula 1 Abu Dhabi. Bertempat di lobi ikonik hotel tersebut, pameran ini akan memberikan peluang eksklusif kepada pengunjung antarabangsa dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melihat koleksi tersebut lebih awal sebelum jelajah berkenaan berakhir di Celebrity & Pop Culture Experience yang berlangsung di Rosewood Abu Dhabi, Rakan Kongsi Tempat Rasmi Julien’s Auctions.
PROGRAM CELEBRITY & POP CULTURE EXPERIENCE DAN LELONGAN
Bahrain, 20-26 November (dengan kerjasama Imersa Experiences):
- Pameran Princess Diana
- Sesi Perbualan Bersama Michael Bush, Sesi Menandatangani Buku dan Acara Media
- Sesi Panel Pendidikan dan Bengkel bersama Michael Bush
- Majlis Makan Malam dan Pengalaman Malam Michael Jackson
- Pameran Michael Jackson dan Infinity Gauntlet
Abu Dhabi, 29 November – 9 Disember:
- 29 November – 5 Disember: Barangan utama dipamerkan untuk tatapan umum di lobi Emirates Palace Mandarin Oriental
- 6 Disember:
- 9.30 malam GST – Majlis Pembukaan "Midnight Brunch"
- 7 Disember:
- 5.00 – 7.00 petang GST – Pembentangan kepada Pelanggan Terpilih, ditaja oleh Rosewood Abu Dhabi
- 8.00 malam GST – Michael Jackson: Lelongan Langsung The Fashion Legacy (Malam)
- 8 Disember:
- 10.00 pagi GST – Michael Jackson: Lelongan Langsung The Fashion Legacy (Siang)
- 8.00 malam GST – Lelongan Langsung Pop Culture Legends (Malam)
- 9 Disember:
- 10.00 pagi GST – Lelongan Langsung Pop Culture Legends (Siang)
- 4.00 – 6.00 petang GST – Acara dan Sesi Panel Highbridge Advisory / Abu Dhabi Finance Week
- 8.00 malam GST – Princess Diana: Lelongan Langsung Influence, Fashion, & A Royal Collection
Menerusi pameran terbuka kepada orang ramai, lelongan secara langsung dan sesi perbincangan yang meneroka legasi kreatif, Celebrity & Pop Culture Experience akan menghimpunkan pengumpul dari seluruh dunia di Abu Dhabi. Inisiatif ini menandakan perkembangan penting dalam usaha Julien’s memperluas visinya di peringkat global. Julien’s Celebrity & Pop Culture Experience akan menggabungkan pemeliharaan warisan budaya, layanan hospitaliti mewah, pendidikan, hiburan dan aktiviti perdagangan di satu destinasi.
Maklumat tentang Julien’s Auctions
Untuk detik-detik yang benar-benar bermakna. Anda pasti kenal detik itu, saat lampu malap, sejurus sebelum kumpulan muzik kegemaran anda mula bermain? Atau perasaan tepat sebelum kredit penamat muncul pada sebuah filem yang mengubah dunia anda dalam sekelip mata? Suasana dipenuhi debaran dan kata-kata tidak akan pernah mampu menggambarkannya sepenuhnya kerana anda memang perlu berada di situ untuk merasainya.
Di Julien’s Auctions, kami wujud untuk menghidupkan kembali detik-detik tersebut dalam kehidupan anda melalui artifak ikonik dan koleksi satu-satunya. Sama ada bekerjasama secara langsung dengan para artis, berganding bahu dengan legasi-legasi ternama, atau bekerja rapat dengan pengumpul yang berwawasan, lelongan kami menyemarakkan budaya dengan janji penemuan dan keterhubungan semula. Daripada legenda Hollywood hingga ikon fesyen, jualan kami meraikan kemewahan, sejarah dan kisah-kisah yang membentuk generasi.
Daripada Elvis Presley, Marilyn Monroe dan Ringo Starr hingga Lady Gaga, Banksy dan Kurt Cobain — dari Los Angeles ke seluruh dunia, kami ialah tempat koleksi asal bertemu pemilik unik masing-masing. Untuk maklumat lanjut, lawati: juliensauctions.com
Maklumat tentang Rosewood Abu Dhabi
Sebagai mercu tanda kontemporari di pesisir pantai Pulau Al Maryah, Rosewood Abu Dhabi merupakan destinasi yang menggabungkan kemeriahan kehidupan bandar dengan ketenangan tepi laut. Menghadap Teluk Arab sambil meraikan kemeriahan dan budaya rantau ini, hotel ini mentakrifkan semula sempadan antara urusan perniagaan dengan aktiviti santai. Hotel ini menawarkan 189 bilik dan suite serta 131 kediaman Rosewood Residences yang menggabungkan keanggunan kontemporari dengan pengaruh tempatan secara harmoni. Dihiasi dengan karya seni, instalasi dan arca Arab yang dipilih dengan teliti, setiap perincian mempunyai nilai budaya tersendiri, dengan kisah di sebaliknya dikongsikan menerusi lawatan berpandu. Antara tarikan utamanya ialah candelier Lasvit yang memukau di Majlis by Pierre Hermé, sebuah karya hiasan utama yang menggabungkan cahaya, kaca dan warisan Timur Tengah. Para tetamu boleh menikmati pengalaman gastronomi yang menampilkan cita rasa dari seluruh dunia di sembilan destinasi menjamu selera, merasai tradisi penyembuhan tempatan di sense spa atau menikmati kelainan melalui sesi latihan peribadi di pusat kecergasan.
Terokai lebih lanjut: rosewoodhotels.com/abu-dhabi
Berhubung dengan kami: facebook, instagram @rosewoodabudhabi
Untuk maklumat lanjut, sila layari rosewoodhotels.com/en/abu-dhabi
Instagram: @rosewoodabudhabi
Maklumat tentang Imersa Experiences (dahulunya Faalyat)
Beribu pejabat di Kerajaan Bahrain, Imersa Experiences (dahulunya dikenali sebagai Faalyat) ialah sebuah syarikat penganjuran acara berteraskan pengalaman yang mengkhusus dalam menghasilkan pengalaman bermakna dan berimpak tinggi menerusi kreativiti, penceritaan serta penglibatan imersif.
Imersa Experiences merancang konsep dan menjayakan pengalaman untuk tetamu kenamaan utama (VVIP) serta acara permaidani merah, persembahan kebudayaan, pameran, acara sukan, majlis kerajaan dan korporat, serta aktiviti berskala besar yang melibatkan orang ramai.
Dengan menggabungkan hala tuju kreatif, kepakaran penerbitan dan penglibatan khalayak, Imersa Experiences mengubah idea menjadi pengalaman yang meninggalkan kenangan bermakna, sekali gus menghubungkan individu, jenama dan komuniti. Berbekalkan portfolio yang kukuh di Bahrain dan seluruh rantau ini, Imersa terus menghasilkan pengalaman tersendiri yang relevan dengan budaya setempat serta memberikan kesan yang berkekalan.
Hubungan Media:
Jenelle Hamilton PR
Jenelle Hamilton
[email protected]
+1 646.421.9139
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5092239_MS92239_6











