Pochettino calon pilihan ganti Carrick

Pochettino calon pilihan ganti Carrick

Mauricio Pochettino dikaitkan dengan jawatan pengurus Manchester United.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali skuad kebangsaan Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino, menjadi calon pilihan untuk menggantikan Michael Carrick sebagai pengurus Manchester United.

The Red Devils dilaporkan bersedia memecat Carrick susulan kebimbangan semakin meningkat apabila pasukan itu terjerumus ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Barisan kepimpinan United yang diketuai pengerusi bersama, Joel Glazer, pemilik minoriti, Jim Ratcliffe, ketua pegawai eksekutif, Omar Berrada dan pengarah bola sepak, Jason Wilcox, sedang menilai kedudukan Carrick selepas permulaan musim paling buruk kelab itu dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

United kini hanya satu mata di atas kedudukan tercorot selepas mencatat satu kemenangan sahaja daripada 10 perlawanan liga setakat ini.

Sumber berkata, perbincangan masih berlangsung dan akan diteruskan dalam beberapa hari akan dating, namun, mereka turut memaklumkan kepada ESPN bahawa pihak kelab kini menerima hakikat prestasi serta keputusan semasa memerlukan perubahan pengendali.

Pochettino, 54, melanjutkan kontraknya bersama Persekutuan Bolasepak Amerika Syarikat (USSF) sehingga tahun 2030 pada Ogos lalu selepas membimbing negara itu mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia musim panas ini.

Menurut beberapa laporan, kontrak baharu bekas pengendali Tottenham, Chelsea dan Paris Saint-Germain itu mempunyai klausa pelepasan yang membolehkan United mendapatkan khidmat jurulatih dari Argentina itu tanpa perlu membayar pampasan yang tinggi.

Bekas pengendali Newcastle United, Eddie Howe, turut menjadi antara calon yang dikagumi kepimpinan United.

Julian Nagelsmann, yang kini tidak terikat dengan mana-mana kelab, juga termasuk dalam senarai pilihan, manakala Kieran McKenna, yang pernah ditemu duga bagi jawatan itu pada tahun 2024, mempunyai penyokong di Old Trafford.

Bagaimanapun, Pochettino, yang sudah tiga kali ditemu duga bagi jawatan pengendali United sebelum ini dilihat memiliki pengalaman dalam EPL serta personaliti yang diperlukan untuk membantu kelab itu keluar daripada kemelut dan mengembalikan prestasinya.

Carrick menandatangani kontrak dua tahun bersama United pada musim panas lalu selepas membimbing kelab itu layak ke Liga Juara-Juara susulan pelantikannya sebagai pengendali sementara pada Januari.

Sumber turut memaklumkan peluang Carrick untuk mengekalkan jawatannya kini semakin tipis dan aksi United  menentang Liverpool di Anfield pada 22 November ini dijangka menjadi pentas terakhirnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini