Kerutuk daging, daging belengas UMK tahan setahun

Kerutuk daging, daging belengas UMK tahan setahun

TENGKU Fauzan Tengku Anuar (tiga kanan) bersama wanita asnaf menyediakan menu bertahan selama 12 bulan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerutuk daging, da­ging belengas, gulai ikan tongkol, nasi lemak rendang ayam dan sambal ijo bilis antara lima menu tradisional yang dihasilkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok menerusi teknologi retort sehingga mampu bertahan selama 12 bulan.

Lebih menarik, hidangan berkenaan boleh disimpan pada suhu bilik tanpa memerlukan peti sejuk selain boleh dinikmati terus atau dipanaskan menggunakan pek haba yang hanya memerlukan air biasa tanpa dapur dan bekalan elektrik.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK Kampus Bachok, Dr. Tengku Fauzan Tengku Anuar berkata, teknologi retort menggunakan proses pensterilan pada suhu antara 116 hingga 121 darjah Celsius di bawah tekanan tinggi bagi memusnahkan mikroorganisma berbahaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, proses itu turut memusnahkan mikroorganisma perosak termasuk spora bakteria Clostridium botulinum, sekali gus membolehkan makanan berkenaan disimpan sehingga 12 bulan tanpa tambahan bahan pengawet.

“Kaedah retort sebenarnya sudah sedia ada di UMK dan kami mengambil inisiatif memperkasakan mahasiswa dalam membantu komuniti setempat mengeluarkan produk tersebut bermula 2024 selepas menerima geran sebanyak RM40,000.

“Projek perusahaan sosial ini dilaksanakan secara berterusan bersama 15 orang wanita daripada golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dengan kerjasama Kitchen4U,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tengku Fauzan memberitahu, makanan tersebut menggunakan pembungkusan fleksibel atau bekas kecil yang menggabungkan beberapa lapisan bahan berbeza seperti plastik, kerajang aluminium, tin dan botol kaca. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini