Janna Nick tegur peniaga, jangan guna gambar AI promosi baju raya - Utusan Malaysia

Janna Nick tegur peniaga, jangan guna gambar AI promosi baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Janna Nick menegur sikap segelintir peniaga dalam talian yang menggunakan gambar janaan kecerdasan buatan (AI) bagi mempromosikan pakaian sehingga menyukarkan pelanggan melihat keadaan sebenar produk ditawarkan.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, penggunaan gambar AI menyebabkan pelanggan sukar menilai aspek penting seperti jenis material kain, potongan, tekstur serta bentuk pakaian apabila disarungkan ke badan.

Menerusi perkongsian di Threads, pelakon itu meminta peniaga yang menjual baju kurung atau pakaian raya secara dalam talian supaya menggunakan gambar produk sebenar berbanding imej yang diubah suai menggunakan teknologi AI.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pelanggan mahu melihat perincian sebenar pakaian sebelum membuat keputusan untuk membeli, apatah lagi apabila urusan pembelian dilakukan secara dalam talian.

“Boleh tak peniaga yang jual baju kurung atau baju raya secara dalam talian, tolong jangan guna AI untuk gambar.

“Sebab kita nak tengok material kain yang sebenar, potongan, tekstur dan macam mana baju itu jatuh bila dipakai,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Selamat Pengantin Haru itu berkata, peniaga tidak perlu mengeluarkan kos besar untuk mendapatkan khidmat model bagi memperagakan pakaian masing-masing.

Sebaliknya, memadai sekiranya mereka memaparkan gambar produk sebenar dengan jelas tanpa perlu menggunakan AI untuk mencantikkan imej sehingga menghilangkan ciri asal pakaian.

“Kalau tidak mampu guna model pun tidak mengapa, asalkan gambar produk itu jelas. Tidak perlu AI untuk cantikkan atau kemaskan gambar sampai material sebenar pun tidak nampak.

“Rasa macam tidak puas nak tengok, lagi-lagi bila nak beli baju secara dalam talian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini