Sudah ada banyak laporan media mengenai isu makanan halal khususnya melibatkan sembelihan. Terbaharu, kira-kira 40,000 ekor ayam yang disembelih setiap hari oleh kilang pemprosesan ayam di Puchong, Selangor diragui status halalnya.
Serbuan pihak berkuasa mendapati premis tersebut menggunakan kaedah kejutan rendaman air berarus elektrik melebihi had ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Satu kaedah yang mampu mempercepatkan urusan pemprosesan ayam tetapi juga mudah dimanipulasi terutama jika tidak pemantauan rapi dan berterusan.
Kaedah yang digunakan di kilang yang sudah beroperasi lebih 10 tahun itu dikatakan mengakibatkan ayam sudah mati sebelum disembelih, selain menggaji pekerja asing yang tidak memiliki sijil perakuan sembelihan. Pasaran ayam dari kilang itu meliputi kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Puchong, Cheras dan Bangi.
Dalam pada itu, berdasarkan statistik sejak tahun lalu, terdapat sekurang-kurangnya empat kes besar melibatkan rampasan produk sejuk beku yang diragui status halalnya. Tiga daripada kes itu melibatkan kemasukan produk melalui Bukit Kayu Hitam dengan nilainya melebihi RM13 juta.
Produk ayam sejuk beku ini sangat tinggi permintaannya menyebabkan pengimport sanggup menipu sijil halal semata-mata untuk membawa masuk produk berkenaan ke sini. Di Semenanjung sahaja, permintaan terhadap ayam adalah antara 1.4 juta hingga 1.8 juta ekor sehari. Ia bersamaan 47.4 kilogram ayam bagi setiap orang.
Serbuan dan rampasan itu menunjukkan produk daging yang diragui status halal memang ada dalam pasaran. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan ramai di antara kita mungkin pernah termakan ayam yang diragui statusnya itu.
Memang kita makan di kedai orang Melayu tetapi adakah peniaga terbabit prihatin terhadap isu halal haram. Atau peniaga akan lebih mengutamakan harga belian bahan mentah untuk mengawal kos mereka.
Walaupun seseorang yang termakan makanan haram tanpa pengetahuan dan tanpa unsur kesengajaan tidak menanggung dosa atas perbuatan tersebut tetapi sebagai orang Islam kita tidak boleh memandang ringan perkara tersebut.
Selain mengharapkan pihak berkuasa lebih kerap melakukan pemeriksaan dan serbuan tetapi dengan tenaga pegawai penguat kuasa yang terhad, tidak mungkin pemantauan dapat dilakukan sepanjang masa.
Gunakanlah kuasa pengguna Islam untuk ‘memaksa’ peniaga mendapatkan sijil halal yang sah. Sudah banyak pihak yang memperlekehkan desakan supaya premis makanan mendapatkan sijil halal tetapi pengguna Islam tidak nampak terkesan.
Selagi sikap ramai pengguna Islam tidak berubah, isu ini tidak akan selesai sepenuhnya. Semuanya terserah kepada kita. Kesedaran masyarakat dalam memilih premis makanan bersijil halal perlu dipupuk melalui pendidikan, kempen kesedaran termasuk di media sosial, sekolah dan masjid.
Beberapa akta berkaitan juga wajar dipinda bagi membolehkan nama dan pemilik premis yang terlibat dengan manipulasi status halal, didedahkan kepada umum sebagai satu amaran bahawa isu halal adalah isu yang serius.
Isu halal tidak akan pernah selesai

Ismail Daud adalah Pengarang Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved