Saya bermula sebagai penyanyi solo, cuma kurang menjadi- Dai Fuad - Utusan Malaysia

Saya bermula sebagai penyanyi solo, cuma kurang menjadi- Dai Fuad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Dai Fuad, berkata bidang nyanyian merupakan pintu pertama yang membawanya ke dunia seni sejak 2018.

Bagaimanapun, kongsi Dai Fuad, 34, usahanya bergelar penyanyi solo belum membuahkan hasil berbanding dunia lakonan.

“Saya mula menyanyi pada 2018 secara solo dan saya juga sudah ada lagu, tapi kurang menjadi. Sememangnya saya mula dengan menyanyi dulu dan kemudian baru saya ke arah berlakon.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika itu pun kumpulan TIP belum ditubuhkan. Kumpulan saya baru ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dan berjumpa Adi Priyo, pun dalam tiga tahun itu.

“Ia masih baru lagi. Adi Priyo juga memainkan peranan penting dalam menyatukan kami sebagai kumpulan. Dia bukan sekadar mentor, malah guru saya sendiri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah pelakon Good Boys Go To Heaven itu lagi, mereka kemudian bergabung dan bersetuju memilih TIP sebagai nama kumpulan.

“Keputusan saya untuk menggabungkan beberapa individu untuk membuat satu band, dan kami ‘stay’ dalam TIP itu sendiri sebab Adi Priyo.

“Dia yang satukan kumpukan itu,” katanya.

Terkini, Dai menerusi TIP tampil menyanyikan semula lagu Ratnaku, ciptaan Datuk M Nasir yang diberikan nafas baharu oleh Adi Priyo.

“Lagu Ratnaku yang asalnya dihasilkan oleh Datuk M Nasir dan dinyanyikan oleh abang Roy baru dilancarkan beberapa hari lalu dan sambutannya sangat baik. Lagu itu diberi nafas baru oleh Adi Priyo.

“Ia baru sahaja keluar beberapa hari dan sambutan yang sangat baik. Saya percaya ia berkat Kudrat 1968 juga jadi saya harap ia terus berkembang,” katanya.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini