Pernah satu ketika dahulu Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menjadi Menteri Besar Perlis mencadangkan agar mereka yang mahu menjadi calon pilihan raya mestilah seorang yang sihat tubuh badannya.
Saranan itu timbul apabila berlaku beberapa pilihan raya kecil (PRK) kerana wakil rakyatnya meninggal dunia akibat masalah kesihatan.
Sehubungan itu beliau mahu mereka yang terlibat agar aktif beriadah dan menyertainya memanjat sebuah kawasan berbukit di Perlis setiap hujung minggu. Kalau boleh melakukannya, bermakna mereka benar-benar sihat dan fit sebagai seorang wakil rakyat untuk satu penggal.
Apa yang cuba disampaikan oleh Shahidan adalah kesihatan juga antara faktor penting dalam menjadi wakil rakyat. Untuk berkhidmat kepada rakyat dalam tempoh lima tahun, ia menuntut pelbagai perkara daripada wakil rakyat termasuk kesihatan yang baik.
Bagaimana mereka mahu memberi perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat jika diri sendiri tidak sihat dan perlukan penjagaan sepanjang masa.
Lebih-lebih lagi wakil rakyat bekerja 24 jam kerana masalah rakyat tidak pernah selesai, tidak menentu masa dan banyak pengorbanan perlu dilakukan. Ini semua memberi tekanan dan boleh mempengaruhi kesihatan mereka. Itu belum soal makan yang tidak menentu sepanjang menjadi wakil rakyat.
Sebab itu mereka perlu ada ciri-ciri luar biasa dari segi kepimpinan, kemampuan kewangan dan juga kesihatan. Shahidan sendiri pernah jatuh sakit tetapi kerana ada kemampuan untuk mendapatkan rawatan terbaik dan semangat yang kuat untuk pulih, beliau terus kekal sebagai wakil rakyat.
Ini semua dilakukan kerana keprihatinan kepada nasib rakyat dan juga mahu mengekalkan sokongan pengundi kepada parti dalam pilihan raya nanti. Namun segala pengorbanan yang dilakukan, kerja keras dan semangat grass root politician yang diamalkan bukan jaminan untuk wakil rakyat terus memegang jawatan itu kerana selera pengundi boleh berubah mengikut keadaan.
Bukan mudah untuk terus kekal disukai pengundi dan bukan mudah juga untuk memilih wakil rakyat. Banyak faktor yang menjadi perkiraan sebelum mengundi.
Secara amnya, wakil rakyat yang menjadi pilihan adalah mereka yang berpengalaman, prihatin nasib penduduk, sering memberi bantuan di kawasan, aktif program komuniti dan mesra rakyat. Satu lagi faktor adalah mereka yang sihat tubuh badannya dan diyakini mampu memberi perkhidmatan terbaik.
Ciri-ciri itulah yang perlu ada pada 79 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang bermula secara rasmi kempennya kelmarin.
Kesemua mereka akan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tempoh dua minggu ini sangat penting kerana mereka perlu bekerja keras dan bersengkang mata untuk mendapatkan sokongan.
Kira-kira 690,000 pengundi bakal memilih wakil rakyat pada 14 November ini dan mereka sedang melihat kemampuan dari segala segi calon-calon yang terlibat.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Memilih calon wakil rakyat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved