Mohd Shuhaily dikembalikan kepada PDRM, berkuat kuasa minggu lalu

Mohd Shuhaily dikembalikan kepada PDRM, berkuat kuasa minggu lalu

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain telah dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa minggu lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Menurutnya, keputusan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM telah dibuat pada minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah, sudah, kita buat keputusan minggu lepas,” katanya.

Jelas Saifuddin, Mohd Shuhaily adalah pegawai kanan polis yang ditempatkan secara pinjaman di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum keputusan untuk mengembalikannya kepada pasukan asal dibuat.

“Sebab dia adalah kader polis ke AKPS (Beliau adalah pegawai PDRM yang ditempatkan atau dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS).

“Jadi, kita kembalikan dia pulang kepada pasukan polis dan pihak polis akan menyusullah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan penempatan atau tugas baharu yang bakal dipikul Mohd Shuhaily selepas kembali kepada PDRM.

Ditanya siapa yang mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah AKPS, Saifuddin menjelaskan, jawatan itu akan diisi oleh pegawai polis juga.

Sebelum ini, Mohd Shuhaily mengetuai AKPS, agensi yang bertanggungjawab menyelaras kawalan dan perlindungan sempadan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata,
kedudukan Mohd Shuhaily sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini