Enam tahun berusaha tambat hati penonton - Akmal Asyraf - Utusan Malaysia

Enam tahun berusaha tambat hati penonton – Akmal Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menerusi filem Kudrat 1968: High Council, pelakon, Akmal Asyraf bersyukur apabila kehadirannya dalam industri seni tanah air mula diberi perhatian selepas enam tahun berusaha.

Kongsi Akmal, 30, dia telah melakukan persembahan lakonan yang terbaik sebagai penghargaan kepada peminatnya yang menyokongnya sehingga kini.

“Saya sudah cuba untuk menambat hati daripada penonton sejak saya aktif dalam industri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang baru dapat, jadi saya menghargai setiap mereka yang berterusan menunjukkan sokongan daripada awal.

“Terima kasih, ini yang saya tunggu,” katanya ketika ditemui semasa majlis tayangan filem Kudrat 1968: High Council, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, kata Akmal, perjalanan kerjayanya dalam dunia seni telah dimulakan dengan aktif teater sebelum kemunculan pertamanya di skrin sejak 2020

“Terima kasih kepada semua yang akhirnya nampak dan menerima saya dalam industri hiburan. Saya sudah berada dalam industri ini lama.

“Kalau betul-betul dalam indsutri seni saya sudah buat sejak dari bangku sekolah untuk teater, untuk on screen saya mula aktif dari tahun 2020.

“Alhamdulillah pada tahun keenam ini diterima ramai,” katanya yang mengakui kini semakin ramai yang mahu mengajaknya bergambar.

Dalam pada itu, Akmal mengakui masih terbuka menerima sebarang tawaran yang datang kepadanya dengan hati terbuka.

“Buat masa ini, saya tidak rasa menjadi mahu menjadi selektif untuk naskhah seterusnya. Watak yang akan saya lakonkan akan datang ini pun tidak besar, hanya sokongan sahaja.

“Sekarang pun saya tiada perancangan untuk masa hadapan, hanya ikut sahaja arus yang sudah ditetapkan,” katanya.

Kudrat 1968 menceritakan masalah sistem hierarki ketat antara golongan bangsawan dan bawahan yang mula disentuh oleh Abbas.

Selepas empat episod, Kudrat 1968: High Council ditutup menerusi filem yang bakal menemui penonton 29 Oktober.

Pelakon yang menjayakan naskhah ini ialah Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith dan Evertts Gome. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini