Protes MCA: Tindakan UMNO hanya pentingkan diri, pinggirkan rakan

Protes MCA: Tindakan UMNO jelas hanya pentingkan diri, pinggirkan rakan

Para pemimpin MCA telah bertindak keluar dari majlis Barisan Nasional yang diadakan bagi mengumumkan calon-calon untuk pilihan raya Melaka akan datang, dengan menyatakan bahawa parti itu tidak akan menerima keputusan yang dibuat tanpa persetujuan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan protes oleh MCA pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jelas menunjukkan sikap UMNO yang hanya mementingkan diri hingga sanggup meminggirkan rakan seperjuangan yang sudah bersama mereka sejak sekian lama.

Beberapa pemimpin PKR menyifatkan layanan UMNO terhada MCA itu mencetuskan persoalan mengenai keikhlasan dalam kerjasama politik.

Naib Presiden PKR, Datuk Chang Lih Kang berkata, jika MCA yang sudah sekian lama bekerjasama tidak dihormati oleh UMNO, apatah lagi parti-parti lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan UMNO dalam menjalin kerjasama politik. Jika MCA, rakan komponen BN sejak sekian lama, pun merasakan mereka tidak dihormati, bagaimana pula dengan parti-parti lain yang menjalin kerjasama dengan BN?

“Adakah kerjasama tersebut berlandaskan prinsip dan kepercayaan, atau sekadar kepentingan politik dan kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan MCA yang meninggalkan majlis pengumuman calon itu di Melaka baru-baru kerana mereka hanya diperuntukkan dua kerusia Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, jumlah kerusi itu yang diberikan kepada MCA itu tidak selari dengan komposisi pengundi Cina di Melaka.

Naib Ketua Wanita PKR, Loh Ker Chean pula berkata, mereka simpati dengan MCA kerana menerima layana  buruk daripada UMNO.

“Saya tak kesian atau simpati dengan MCA. Takkan tak kenal dengan layanan buruk UMNO pada mereka?

“Berbeza dengan Pakan Harapan (PH) dan PKR sebagai pendiri PH tidak bersikap sebagai abang besar atau kaki buli seperti UMNO dalam BN,” katanya.

Ker Chean berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa bersikap konsultatif dan inklusif walaupun dengan parti kecil seperti UPKO dahulu.

‘Justeru, PH ini lebih kukuh dan stabil dalam mentadbir negara,” katanya.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Danish Hairudin berkata, tindakan MCA itu menunjukkan bahawa mereka sedar mereka tidak dihormati oleh rakan gabungan sendiri, iaitu UMNO.

Menurut Danish, jelas sekali, UMNO terlalu teruja dengan kemungkinan memperoleh keuntungan politik jangka pendek melalui kerjasama dengan Pas sehingga langsung tidak menghiraukan MCA dan MIC.

“Perkara ini turut menimbulkan persoalan sama ada mana-mana kerajaan gabungan yang melibatkan UMNO dan Pas akan mengetepikan suara serta kepentingan golongan minoriti begitu sahaja.

“Hakikatnya, MCA dan MIC secara keseluruhannya hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat dan tidak mempunyai sebarang jawatan menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini