Mega Bazar Deepavali dilanjut 30 hari

Mega Bazar Deepavali dilanjut 30 hari

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh beramah mesra dengan pengunjung selepas merasmikan Bazar Deepavali, di Pusat Sukan dan Rekreasi DBKL Bric- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tempoh Mega Bazar Deepavali di ibu negara dilanjutkan daripada 21 hari kepada 30 hari bagi memberi lebih ruang kepada peniaga meraih pendapatan sepanjang musim perayaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata pelanjutan tempoh itu membolehkan peniaga berniaga dengan lebih lama, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung hadir membeli-belah.

“Saya berharap ramai lagi pengunjung akan datang ke sini dan memberikan sokongan kepada peniaga yang sedang menjual barangan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perasmian Mega Bazar Deepavali 2026 di Pusat Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) @ Brickfields hari ini, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, beliau berkata, kos lesen bagi peniaga yang menjalankan perniagaan di Mega Bazar Deepavali itu juga diturunkan bagi meringankan beban peniaga menjelang sambutan perayaan itu.

“Penurunan kadar lesen ini dibuat bagi memastikan peniaga lebih berdaya saing dan dapat menjual pelbagai barangan kepada pengunjung dengan kos yang lebih rendah.
“Ada pelbagai barang dijual dan kita telah pastikan kos lesen itu kita turunkan kepada RM400 sahaja,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi telah dilakukan sebelum bazar dibuka bagi memastikan semua infrastruktur berada dalam keadaan baik dan selamat untuk peniaga serta pengunjung.

Jelasnya, DBKL turut menyediakan gazebo dan khemah besar bagi memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung sepanjang bazar berlangsung.

“Ini merupakan kali pertama DBKL memberikan sokongan seumpama ini bagi menganjurkan sebuah bazar mega.

“Saya dimaklumkan DBKL telah membelanjakan RM1.8 juta untuk menyokong usaha perayaan Deepavali di Kuala Lumpur,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Mega Bazar Deepavali 2026 akan bermula dari 9 Oktober hingga 7 November di dua lokasi utama iaitu Tempat Letak Kenderaan Kompleks Tun Sambanthan menerusi konsep Mega Bazar Deepavali dan Jalan Bunus 6, Masjid India melibatkan 172 petak niaga, termasuk lesen penjaja bazar dan lesen hiburan semasa/promosi di dua lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini