KADA nafi potongan pemutuan padi cecah 35 peratus

KADA nafi potongan pemutuan padi cecah 35 peratus

KHALID Abdul Samad (dua dari kiri) melafazkan ikrar bersama kakitangan KADA sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti 2026 dan Ikrar Besar Rasuah di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menafikan dakwaan pemotongan pemutuan padi mencecah 35 peratus apabila merekodkan purata hanya 23 peratus sehingga 18 Oktober lalu.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, kadar pemotongan pemutuan bagi musim 1/2026 berbeza mengikut Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan kadar tertinggi setakat ini adalah 24.5 peratus.

Katanya, hanya satu kawasan di Tumpat merekodkan kadar pemotongan lebih tinggi, iaitu 28.9 peratus yang berkemungkinan disebabkan keadaan padi basah akibat hujan pada musim tengkujuh tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah purata pemotongan pemutuan padi yang direkodkan setakat ini sekali gus menafikan dakwaan mengatakan terdapat potongan mencecah 25 hingga 30 atau 35 peratus,” katanya selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti 2026 dan Ikrar Besar Rasuah KADA di ibu pejabat agensi itu, di sini hari ini.

Khalid turut menasihatkan pesawah supaya hadir sendiri ke kilang pemprosesan padi bagi memantau proses penentuan pemotongan pemutuan, bukannya menyerahkan urusan itu kepada pemandu lori sebagai wakil.

Katanya, kehadiran pesawah membolehkan mereka berhujah bagi mendapatkan kadar potongan paling rendah manakala pengilang diwajibkan menyimpan sampel padi selama enam bulan selepas pembelian sebagai bukti jika timbul pertikaian.

Khalid berkata, KADA pernah merekodkan pemotongan pemutuan padi luar biasa sehingga 60 peratus di Tumpat pada musim 2/2025 berikutan padi dituai ketika hujan lebat.

Bagaimanapun, katanya, KADA setakat ini belum menerima aduan mengenai pemotongan pemutuan terlalu tinggi di kawasan sawah seliaan agensi itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini