PRN Melaka: Calon Wawasan tunggu persetujuan PN - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Calon Wawasan tunggu persetujuan PN

HAMZAH Zainuddin (tengah) bersama tetamu pada Kenduri Kesyukuran Parlimen Larut sempena majlis perkahwinan di Sungai Bayor di Larut semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Parti Wawasan Negara akan mendapatkan persetujuan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu sebelum mengumumkan keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya tidak mahu membuat pengumuman lebih awal mengenai kemungkinan meletakkan calon kerana perkara itu perlu diputuskan bersama anggota gabungan berkenaan.

“InsyaAllah, apa pun yang pentingnya adalah persetujuan daripada kawan-kawan Perikatan Nasional. Selepas itu baru kita umumkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu umum awal sebab biar keputusannya dibuat oleh seluruh anggota Perikatan Nasional,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Kenduri Kesyukuran Parlimen Larut sempena majlis perkahwinan di Sungai Bayor di sini semalam.

Ditanya sama ada PN akan mengambil sebarang tindakan terhadap ROS berhubung isu pembatalan berkenaan, Hamzah berkata, perkara tersebut sudah dibawa ke mahkamah untuk diputuskan.

“Apa pun, kita telah membawa isu ini ke mahkamah, jadi biar mahkamah yang tentukan,” katanya.

Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober lalu,membenarkan permohonan PN untuk menggantung tindakan RoS yang membatalkan pendaftaran parti berkenaan, sementara menunggu semakan kehakiman diputuskan oleh mahkamah.

RoS sebelum ini mengeluarkan perintah menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September lalu.

Menurut kenyataan RoS, tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini