Banjir: 24 mangsa dipindahkan ke PPS

Banjir: 24 mangsa dipindahkan ke PPS

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Yan membantu memindahkan seorang warga emas yang terjejas banjir di Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 24 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setelah kediaman mereka terjejas akibat banjir di daerah Kuala Muda, dekat sini, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, kesemua mereka kini ditempatkan sementara di PPS Surau As Saadiah yang diaktifkan sejak pukul 10 pagi tadi.

Antara kawasan terlibat adalah Kampung Kepala Bukit, Kampung Guar Nenas, Kampung Guar Stesen dan Kampung Sungai Bongkok yang terletak di Mukim Gurun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, banjir turut melanda Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras di Daerah Yan, namun jumlah mangsa terlibat masih dalam proses bancian.

Sebuah PPS turut dibuka di daerah berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini