Suami pegawai AKPS dituduh esok

Suami pegawai AKPS dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim yang ditemukan maut di Kompleks Perumahan Awam, Nilai pada 15 Oktober lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Seremban esok atas kesalahan membunuh.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, lelaki berusia 30-an itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan terhadap lelaki itu dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi di Mahkamah Majistret 1 Seremban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, mangsa ditemukan maut di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai sebelum suaminya menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, bagi membantu siasatan.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat tekanan pada leher selain terdapat kesan tikaman pada bahagian tepi perut dan pipi.

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan rumah tangga selepas mangsa dikatakan menyatakan hasrat untuk bercerai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan dua anak masing-masing berusia enam dan lima tahun.

Suspek sebelum ini direman sehingga 22 Oktober lalu sebelum tempoh remannya dilanjutkan sehingga 29 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, hasil semakan polis mendapati suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau, termasuk 10 kes berkaitan narkotik, manakala enam lagi membabitkan kesalahan pecah rumah, mencuri dan memiliki barang curi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini