Seorang maut dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong - Utusan Malaysia

Seorang maut dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong

LOKASI kejadian tanah runtuh yang mengorbankan seorang lelaki di Lebuh Rambai 13, Taman Seri Rambai, Paya Terubong, Air Itam, Pulau Pinang, hari ini.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh yang menjejaskan sebuah rumah di Lebuh Rambai 13, Taman Seri Rambai, Paya Terubong, Air Itam di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.36 pagi itu, dua lagi mangsa yang dipercayai turut menghuni rumah tersebut bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komander operasi melaporkan, terdapat tiga mangsa secara keseluruhannya dan seorang daripada mereka terperangkap di bawah runtuhan tanah. Mangsa yang terperangkap kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) pada pukul 9.10 pagi,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, ketika ini, kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tertimbus daripada kawasan runtuhan masih berjalan dan sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini