PRU16: Isu rasuah, tahanan rumah Najib jadi beban tambahan pada UMNO – Penganalisis

PRU16: Isu rasuah, tahanan rumah Najib jadi beban tambahan pada UMNO – Penganalisis

UMNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Di sebalik niat untuk menjadikan isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak sebagai penarik lebih banyak sokongan buat UMNO pada PRU16, kini ia telah beralih menjadi beban tambahan kepada parti itu dengan menjadikan imej rasuah UMNO semakin kuat terpalit.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, usaha untuk mengangkat naratif berkaitan penahanan rumah Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai sebahagian daripada pendekatan politik UMNO dalam mendekati pengundi menjelang PRU16.

Walau bagaimanapun, katanya, tumpuan yang diberikan terhadap isu ini, termasuk perbincangan mengenai inisiatif bantuan dana bagi menampung denda beliau, menerima reaksi yang pelbagai daripada masyarakat umum serta memerlukan penelitian yang mendalam daripada sudut strategi parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkembangan ini memperlihatkan cabaran yang dihadapi oleh UMNO dalam mengimbangi usaha membela kebajikan bekas pemimpin mereka dengan agenda memperkukuh semula imej parti yang berteraskan integriti.

“Bagi memastikan sokongan terus mampan, penyusunan semula strategi komunikasi mungkin diperlukan agar hasrat murni parti dapat difahami dengan lebih jelas oleh semua lapisan Masyarakat,” katanya hari ini.

MISRINAH MISBAN

Sebelum ini, tular satu klip video yang memaparkan kenyataan lantang seorang pelajar Universiti Malaya (UM) mengenai skandal Tabung Haji dan kutipan derma bagi membantu Najib Razak membayar denda RM50 juta menarik perhatian orang ramai.

Ummi Umairah Bakhit meluahkan kebimbangan terhadap gejala rasuah dan mempersoalkan bagaimana pemimpin masa depan seharusnya mengambil pendirian dalam isu berkenaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membidas Jabatan Penjara mengarahkan Najib Razak tidak mendedahkan syarat tahanan rumahnya di bawah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Lim berkata, syarat tahanan rumah Najib bukan rahsia negara dan tidak patut dirahsiakan, sambil menyifatkan tindakan itu “mengarut”.

Mengulas lanjut, Misrinah berkata, UMNO sepatutnya membiarkan keadilan Najib berjalan dengan sendirinya mengikut proses undang-undang sedia ada tanpa ada cubaan untuk menannguk di air keruh yang akhirnya akan melemahkan UMNO sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini