Ab. Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang PRN Melaka

Ab. Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang PRN Melaka

AHMAD Zahid Hamidi bersalaman dengan ahli parti selepas Menghadiri Majlis Perjumpaan Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda, Jasin, semalam.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh akan terus menjadi Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin kepimpinan Pengerusi BN Melaka itu mampu membawa gabungan berkenaan mampu menghadapi cabaran pilihan raya kali ini.

Menurutnya, Ab. Rauf telah membuktikan komitmen tinggi dalam menggerakkan jentera parti serta bekerja keras demi kepentingan UMNO, BN dan negeri Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Inilah dia Datuk Rauf Insya-Allah, walaupun kita beli barangan, barang-barang order online, Insya-Allah, itu barang yang order, barang itulah juga yang Melaka akan dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda, di sini malam ini.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, beliau mengenali Ab. Rauf sejak pemimpin itu berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Katanya, beliau melihat potensi Ab. Rauf sejak awal dan pernah meminta pemimpin itu kembali ke Melaka untuk membina kekuatan politik serta berkhidmat kepada negeri kelahirannya.

Beliau turut menyifatkan Melaka bertuah kerana mempunyai Ketua Menteri yang kuat bekerja keras, selain menggesa seluruh jentera BN memberikan sokongan bagi memastikan segala usaha yang dilakukan Ab. Rauf diterjemahkan kepada kemenangan pada PRN kali ini.

Menurut Ahmad Zahid, PRN Melaka bukan sekadar medan mempertahankan kedudukan BN di negeri itu, sebaliknya menjadi ujian penting yang bakal memberikan gambaran terhadap kekuatan gabungan berkenaan di peringkat nasional.

“Pengalaman BN menghadapi pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan memberikan pengajaran mengenai kepentingan kerjasama politik serta penyusunan jentera yang tersusun,” ujarnya.

Beliau berkata, kerjasama dengan rakan strategik bagi menghadapi PRN Melaka perlu berasaskan sikap saling menghormati, termasuk memastikan setiap pihak melaksanakan tanggungjawab mengikut persetujuan pembahagian kerusi.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid meminta jentera UMNO dan BN perlu memberikan sokongan kepada calon rakan strategik di tujuh kerusi yang akan ditandingi nanti.

“Pada kali ini, janji mereka kepada kita, jentera mereka, undi mereka akan diberikan kepada calon-calon BN yang bertanding di 21 DUN di Melaka.

“Janji kita kepada mereka, mereka akan bertanding tujuh DUN kita akan bantu mereka mencapai kemenangan selesa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini