PRN Melaka: Pas tidak gentar guna simbol bulan

PRN Melaka: Pas tidak gentar guna simbol bulan

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor semasa menyampaikan ceramah Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) Sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (BMI) di Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas tidak gentar menggunakan simbol bulan sekiranya logo Perikatan Nasional (PN) tidak dapat digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 14 November ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata langkah itu bertujuan meneruskan agenda penyatuan ummah dan menumbangkan Pakatan Harapan (PH).

“Kita akan hadapi PRN Melaka tidak lama lagi. Kalau tidak boleh guna logo PN, kita pakai logo Pas bersedialah. Kita tidak ada sebarang
masalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mahkamah beri penangguhan kepada pembatalan yang dibuat secara haram kepada PN. Keputusan itu memberi ruang kepada PN untuk terus bergerak sebagai gabungan yang sah,” katanya semasa menyampaikan ceramah Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) Sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (BMI) di Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Menteri Besar Kedah itu memberitahu, para pencinta penyatuan ummah di seluruh negara mahu melihat kerjasama itu diteruskan tanpa mengira logo yang digunakan.

Katanha, kerjasama atas nama penyatuan ummah sebelum ini sudah terbukti berjaya meranapkan Pakatan Harapan (PH), termasuk di Johor serta Negeri Sembilan dan diyakini mampu diulangi di Melaka.

“Kerjasama kita atas nama penyatuan ummah akan meranapkan PH.

“Semua ini akan membawa kita masuk ke Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sebagai Kerajaan Pusat yang menanti,” ujarnya.

Naib Presiden Pas turut menggesa penyokong mempergiat gerak kerja dan tidak leka dengan janji politik kerajaan.

Beliau mendakwa kerajaan ketika ini gagal menunaikan banyak janji kepada rakyat, selain menyifatkan pelbagai kerosakan yang berlaku dalam pentadbiran negara sebagai alasan untuk rakyat membuat perubahan pada pilihan raya akan datang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini