Kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut jatuh tingkat 10 - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut jatuh tingkat 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa II, Taman Sutera Ros, Tampoi, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Adib Rizqy Mohammad Fauzi, ditemukan pada pukul 5.30 petang tadi.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika mangsa, yang merupakan anak kedua daripada empat beradik keluar untuk bermain basikal bersama rakannya di kawasan beranda sebelum dipercayai terjatuh ke tingkat bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan di lokasi mendapati pasukan forensik sedang melakukan siasatan kejadian berkenaan, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk bedah siasat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini